Suami Isteri

2300265605_acc1d55041

Bismillahirrahmaanirrahim

Dah buang tebiat ke tiba-tiba cerita pasal suami isteri ni? hehehe….tak adalah sampai buang tebiat, cuma melihat kepada suasana sekarang ni, ramai dari teman-temanku telah meninggalkan zaman bujang mereka tanpa menghiraukan diri ini lagi huhuhu…

Sebenarnya disini saya ingin berkongsi sebuah buku yang baru saya dapat, tajuknya ” Bagaimana anda mendapatkan suami anda, dan bagaimana anda mendapatkan isteri anda”, mendapatkan disini ialah mengambil hati, buku ini dalam bahasa arab.

Nak terjemahkan satu-satu rasa macam tak cukup masa, insyallah akan saya huraikan dari pemahaman saya terhadap buku ini dan saya buatkan ringkasan setiap tajuknya, antara tajuk-tajuk nya ialah :

  1. Jadikan suami mu bahagia bila melihat mu
  2. Jadikan rumahmu bersih, tersusun dan tenang
  3. Jadikan ketaatan mu sebaik-baik ketaatan dan mengharapkan keredhaan nya
  4. Menjaga rahsia suami mu
  5. Menjaga hartanya dan anak-anak
  6. Jangan suka bersifat marah
  7. Menghormati keinginan dan hasratnya
  8. Jangan menolak keinginannya jika tidak ada keuzuran
  9. Menghormati perasaan dan cemburu nya pada mu
  10. Berikan Suami Mu Sebaik Penghormatan
  11. Menjaga perkara remeh yang tidak disukai suami mu
  12. Menerima suami mu seadanya
  13. Berbuat baik kepada keluarga suami mu
  14. Menjaga hubungan dengan jiran
  15. Mengambil berat tetamu
  16. Jangan bergaduh di hadapan anak-anak
  17. Jangan cepat meminta talak ketika bergaduh
  18. Hapuskan layanan dingin kepada suami mu
  19. Menjauhi dari bersunyian dengan lelaki yang bukan mahram
  20. Membantu suami mu dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah

Ini adalah bahagian pertama dari buku ini, bab ini khas buat para isteri, bab yang kedua pula adalah nasihat buat para suami, insyallah jika dikurniakan waktu saya akan menyambung kepada bab kedua nanti.

Nantikan huraian dalam bentuk ringkasan di post yang akan datang, semoga ianya memberi manfaat bersama, akhir kalam saya ingin paparkan sebuah hadith yang bersesuaian dengan bab pertama dari buku ini :

Rasulullah bersabda : Mana-mana perempuan yang mati, dan suami nya meredhai perempuan itu (isterinya) maka perempuan itu akan memasuki syurga (syurgalah tempatnya). – Diriwat oleh Imam Tardmizi dan menghasankannya dan Al Hakim mensahihkan sanadnya-

Jika banyak dosa nya pada suami dan suami tidak meredhainya? wanauzubillahi min zalik.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

4 thoughts on “Suami Isteri

  1. salam..artikel yang bermanfaat untuk semua..begitulah banyaknya tanggungjawab dan peranan suami isteri.Semoga mampu menjadi’ Four in One’..Baiti Jannati…

  2. Suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain… sedalam mana kasihnya isteri kepada suami dan begitu juga disebaliknya, kedua-duanya tetap dimiliki..bukan memiliki..kerana hanya Pencipta Allah s.w.t. yang memiliki sekalian makhluk dan alam…sekadar kongsi renungan..=)

  3. assalamualaikum…ooo kau terjemahkan buku tu eh…bagus2,allahu yubarik fiik,semoga allah balas,patut la aku tengok post kau semuanya pasal rumahtangga jer…bagus2,teruskan terjemah sampai habis,jangan sekerat jalan macam aku,hua hua

  4. waalaikummussalam

    terjemah satu2 xde la, tak cukup masa nak terjemah semua, aku buat khulasah dalam bahasa melayu setiap tajuk dalam buku tu, kalau ko tengok ada salah tegurlah, insyallah komited.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s