Suami Isteri (Menjaga rahsia suami mu)

2268919032_7814630b04

Bismillahirrahmaanirrahim

Antara aspek paling penting dalam sebuah rumah tangga ialah menjaga setiap rahsia yang terkandung di dalam nya, jangan jadikan rahsia rumah tangga itu sebagai bualan dengan orang luar.

Tidak dapat dinafikan sebahagian wanita ada yang suka bercakap, bila berkumpul bersama rakan-rakan, pelbagai cerita yang akan keluar, mereka amat seronok duduk bercerita.

Hendaklah para isteri ini mengetahui rahsia rumah tangga itu terbahagi kepada dua :

1 – Rahsia di katil

2- Rahsia keluarga

Bahagian pertama adalah rahsia di katil, kebanyakan wanita kita ada yang tidak malu untuk bercerita sesama mereka, saling bertukar maklumat, sedangkan ianya perbuatan yang terkutuk.

Ada juga di kalangan mereka ini bercerita kepada rakan mereka yang belum mendirikan rumah tangga, niat mengajar, apakan daya tidak tahu batasnya bila sudah rancak berbual.

Rahsia di katil amat dilarang untuk dibualkan, tetapi ada pengecualian dalam hal-hal tertentu, seperti masalah perubatan dsb, pun begitu batas-batasnya haruslah diketahui.

Bahagian kedua adalah rahsia keluarga, seperti kebakhilan suami dsb, isteri jangan jadikan rumah tangga nya ‘rumah kaca’, semua isi di dalam nya bisa dilihat semua orang, cukup memalukan.

Ada juga pasangan yang bergaduh dan meninggikan suara, sehingga semua jiran dengar, pinggan mangkuk, pasu semua terbang.

Bila hal-hal rumah tangga diketahui orang, ada pihak ketiga mula campur tangan, rumah tangga menjadi retak menanti belah, akhirnya penceraian.

Para isteri boleh ambil pengajaran dari sebuah hadith :

Bila seorang lelaki bercakap, kemudian percakapan nya dengan suara rendah yang tidak mahu didengari orang lain, maka itu adalah amanah – Hadith riwayat Abu Daud dan Tardmizi, katanya Hadith hasan.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s