Suami Isteri (Jangan bersifat marah)

2713588912_8f0d88a6f7

Bismillahirramaanirrahim

Jangan bersifat marah, ada jenis perempuan yang suka bersifat marah, seolah mereka ini tidak boleh hidup melainkan dalam suasana marah.

Suami yang mendapat isteri seperti ini, dia adalah orang yang sangat malang, hidupnya akan diselubungi kegelapan dan kemurungan.

Isteri seperti ini suka bertengkar, marah-marah, dan menimbulkan masalah kepada suaminya, tidak kira perkara kecil apatah lagi besar.

Dan dia pasti akan meninggikan suaranya, tidak kira pada suami dan anak-anak, dia seolah tidak merasai ketenangan melainkan dengan mencari gaduh dan bertengkar, dan anda akan melihat raut wajahnya yang masam, suami akan mendapati kesukaran untuk memahami apa yang difikirkan.

Dalam hadith Rasulullah SAW :

Daripada kebahagiaan adalah wanita solehah, bila kamu melihatnya, maka kamu suka, dan bila dia tidak ada bersama mu, kamu merasa aman (tidak risau) pada dirimu dan hartamu, dan seburuk wanita, kamu melihatnya mendatangkan keburukan padamu dan meninggikan suara keatasmu, dan tika mana dia tidak bersama mu, kamu tidak merasa aman (risau) pada dirinya dan juga hartamu.

Hadith riwayat Ibnu Hibban dan selainya, disahihkan Al Bani dalam sahihnya no.282

Dia akan cepat marah dan terasa dengan kata-kata, tidak kira gurauan atau kata biasa yang tidak kena dengan hatinya, dan tidak menerima keuzuran (semua dia nak perfect).

Jenis wanita seperti inilah yang menyebabkan ramai suami keluar dari rumah dan mencri tempat yang lebih aman, mana mungkin seorang suami dapat hidup dengan suasana marah-marah dan mulut yang bising, muka yang tidak senyum melainkan sedikit, ibarat dia memikul dunia diatas kepalanya.

Banyak kes penceraian dan kahwin lain adalah kerana isteri menghidupkan suasana dirumah sepeti itu, asyik marah, meninggikan suara, sehingga hilang suasana aman dan ketenangan.

Adakah anda wanita seperti itu? Saya yakin anda adalah wanita solehah, dan anda bijak untuk menghidupkan suasana aman di rumah, anda tahu bagaimana menjadikan ‘rumahku syurgaku’.

Ingatlah hadith Rasulullah SAW :

Apabila seorang isteri meninggal dan suaminya meredhai akan dia, masuk syurgalah dia. Riwayat Ahmad.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s