Suami Isteri (Menghormati keinginan dan hasratnya)

101160143_6dc5bd98d9

Muslim couple in London

Bismillahirrahmaanirrahim

Menghormati keinginan dan hasrat kedua-duanya, ini adalah antara kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga yang dirasai oleh setiap pasangan suami isteri.

Wahai isteri hendaklah kamu bersifat menghormati dan menghargai keinginan, hasrat, dan hobi suami anda, janganlah kamu bersifat membantah setiap kesukaan dan keinginan suami mu.

Henry James menyebut : ” Ilmu yang mula-mula sekali patut dipelajari dalam ilmu muamalat sesama manusia ialah tidak menyanggahi setiap perbuatan yang disukai oleh si pelaku ” .

Setiap insan mempunyai keinginan, hobi dan kesukaan mereka yang tersendiri, adalah salah bagi kita menyanggahi setiap perbuatan yang disukainya, samada dengan kata-kata ataupun perbuatan selagi mana ia tidak menyalahi tatasusila hidup.

Isteri hendaklah tahu sifat lelaki, biasanya seorang lelaki akan mengambil masa untuk diluangkan bersama kawan-kawan mereka, ini adalah sifat biasa buat orang lelaki.

Kebiasaan lelaki akan mengambil waktu berenggang dengan isterinya untuk beberapa tempoh, mungkin bersama rakan-rakan atau bersendirian daripada rumah, jadi janganlah risau dengan sifat seperti ini.

Oleh itu isteri janganlah bersifat mengikat dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi dalam setiap perbuatan suaminya, kemana nak pergi? bila nak balik? dengan siapa nak keluar? dll…cukuplah dengan berpada.

Isteri yang bijak tidak akan membiarkan suami merasakan yang dirinya dikongkong, setiap masa ingin bersama dirumah atau kemana sahaja.

Teringat pula ada PM tu selalu diekori isteri dia kemana sahaja, ishh…remaih aku nengok nye.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Suami Isteri (Menghormati keinginan dan hasratnya)

  1. Salam, kalau suami asyik habiskan masa dengan hobi dan kawan2,Balik rumah hanya untuk makan & tido je camana ye, hal rumahtangga dan anak2 serah kat isteri. Nak kena redha jugalah ye

    • sebelum kita bincang hal ni, saya kategorikan suami yang macam ni jenis tak matang, dia masih bermimpi zaman bujang dia dan mungkin dia tak jelas apa itu sebuah perkahwinan.

      suami macam ni patut sedar dia sedang berlaku zalim, dia patut tahu membahagikan masa, dan harus sedar masa berumahtangga perlu diperuntukkan lebih berbanding kerja-kerja lain lagi-lagi soal berseronok seperti hobi dia.

      Kalau isteri redha bermakna dia meredhakan kezaliman berlaku dan isteri itu turut sama berdosa.

      1- Bawa berbincang secara elok
      2- Tak boleh berbincang cari kaunselor, jangan orang-orang terdekat seperti keluarga atau kawan2 kerana, ia boleh memburukkan keadaan.
      3- Doa.

      Wallahu ta’ala a’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s