Suami Isteri (Jangan menolak keinginannya jika tidak ada keuzuran

1449032806_c6e3ca4d8f

Bismillahirrahmaanirrahim

Para isteri sekalian, tahukah kamu yang Allah mengharamkan penolakan ketika suami minta bersama tanpa keuzuran?

Rasulullah bersabda :

“ Jika seorang suami mengajak isterinya ke katil dan dia tidak datang, si suami tidur dalam keadaan marah, keatasnya laknat dari malaikat sehingga subuh”

Riwayat Bukhari Muslim dan selain keduanya

Sebenarnya hadith ini amat rasional di zaman sekarang, kenapa dalam hadith sampai menyebut “laknat” kepada isteri atas sebab penolakannya itu?

Lihat sahaja di sekeliling kita, berapa ramai wanita yang berpakaian tetapi berbogel dengan pelbagai gaya dan fesyen.

Tidakkah semua itu cukup menjadikan sebab penolakan tanpa uzur itu diharamkan, lebih-lebih lagi lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga dan merasai hubungan suami isteri.

Manakan tumpah kuah kalau bukan pada nasi, begitulah perasaan yang dirasai oleh suami, kemana jalan yang harus dicari kalau bukan pada tempatnya yang sah dan halal.

Antara hikmah perkahwinan juga adalah mengelak berlakunya maksiat dan keruntuhan moral dalam sesuatu masyarakat, cuba anda fikir berapa ramai telah anda selamatkan bilamana anda menerima seorang lelaki sebagai suami, bukan sahaja agama, masyarakat juga diri anda sendiri, jasa baik ini hanya Allah SWT yang akan membalasnya.

Dalam satu hadith lain Rasulullah SAW menyuruh lelaki pulang mencari isterinya jika melihat seorang perempuan di jalanan dan dia berkeinginan, dengan itu perasaan itu dapat dibendung dengan cara yang sah bahkan diberi ganjaran.

Dan banyak lagi hadith menyuruh para isteri tidak melengahkan bilaman diseru oleh suami mereka.

Disini hendaklah difahami setiap ajakan itu tidak semestinya diterima secara mutlak, diawal tadi penulis ada menyebut penolakan haram ketika mana tiada keuzuran, jelas disini kondisi yang dituntut adalah kesefahaman.

Seorang suami yang bijak akan memahami keadaan isterinya, dia tidak boleh memaksa isterinya untuk menurut kehendaknya. Bagaimana melahirkan kesefahaman, rujuk kembali artikel Suami Isteri (Jadikan ketaatan mu sebaik-baik ketaatan dan mengharapkan keredhaan nya), selamat membaca.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s