Isu Bahasa (Penguasaan Bahasa Inggeris)

DSC03010

Bismillahirrahmaanirrahim

Baru-baru ini kita dikecohkan dengan isu bahasa Inggeris, ada pro dan kontra dalam isu ini, mungkin niat kerajaan baik ingin melaksanakan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi ianya tidak dapat diterima oleh pejuang-pejuang bahasa, bagi saya ianya bukan sekitar perjuangan bahasa, tetapi ideologi dan juga aqidah, kita ajukan pertanyaan kenapa Sains dan Matematik yang ingin diInggeriskan bukan subjek yang lain? bagi saya ianya satu makna yang tersirat.

DSC03034

Hari ini saya lalu di tranungkite.net dan saya menjumpai satu artikel yang agak menarik jika pihak kerajaan ingin menggalakkan pernguasaan Inggeris di kalangan masyarakat  kita, tidak perlulah sekadar retorik bak seorang pejuang bercakap bagai nak rak, tapi pelaksanaan nya tiada.

DSC03085

Saya bersetuju dengan cadangan penulis mengenai cara penguasaan bahasa, pengalaman saya belajar bahasa asing di Martil banyak memberi manfaat, kelas pertama ibarat itik bercakap dengan ayam, guru kami langsung tidak bercakap arab atau inggeris dalam memahamkan kami, 100% bahasa spain, akhirnya natijah yang kami dapat cukup memberangsangkan, suasana di dalam kelas dihidupkan dengan bahasa sepanyol, interaksi sesama kami juga dalam bahasa sepanyol, kemuncaknya kami sendiri ke Sepanyol untuk merasai sendiri suasana bahasa dan budaya mereka, satu pengalaman yang tidak akan kami lupa.

” Nak seribu daya, tak nak seribu dalih ”

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s