Suami Isteri (Berikan Suami Mu Sebaik Penghormatan)

Bismillahirrahmaanirrahim

Akhirnya bersua kembali, kali ini dengan tajuk, berikan suami mu sebaik penghormatan kepadanya.

Mungkin ramai para isteri tidak menyedari dari banyak-banyak keinginan lelaki antara yang utama ialah penghormatan.

Orang lelaki kebiasaan sifatnya suka dihormati, dihargai, dan merasakan dirinya begitu penting buat sebuah rumah tangga (bernilai).

Bayangkan suami yang tidak dihormati, dihargai, seolah-olah dirinya tidak mempunyai nilai dalam rumah tangga tersebut malah diherdik dan dihina, maka nantilah saat pengakhiran yang bakal tiba.

Oleh kerana ramai kaum wanita sekarang lebih bekerjaya dan berpendidikan dari orang lelaki, banyaklah kes-kes penceraian dek kerana suami tidak tahan diperlekeh dan dihina kejantanan mereka.

Mungkin salah orang lelaki juga yang lebih suka mencampakkan diri mereka ke tempat seperti pusat serenti dan penjara, tapi buat wanita muslimah ianya tidak boleh dijadikan sebab untuk merendahkan suami mereka.

Sama juga seperti orang perempuan, lelaki suka bila mereka dipuji, malah ada yang perasan mereka lebih-lebih tapi purata golongan seperti ini sedikit, kebanyakan mereka menafikan bila dipuji walaupun hati berbunga-bunga.

Para wanita boleh la mencari buku-buku mengenai sifat orang lelaki, dan cuba check wujudkah sifat-sifat itu pada suami anda, bila anda memahami sifat suami anda lebih mudah untuk bina kesafahaman insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s