Suami Isteri (Berbuat baik kepada keluarga suami mu)

Jadilah Isteri Yang Mampu Membahagiakan Suami

Bismillahirrahmaanirrahim

Jika anda ingin diri disayangi dan dibantu suami, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa suami anda dan ahli keluarganya, khusus kepada kedua ibu bapanya itu, perlakukanlah seperti mana ibu bapa kamu.

Isteri yang berjaya ialah mereka yang tahu bagaimana ingin berhubung dengan ahli keluarga suaminya, mengelokkan suasana dan kerja (pertolongan) ketika menziarahi kedua orang tuanya itu, langkah pertama kearah kebahagiaan mereka ialah dengan menziarahinya.

Isteri berjaya adalah mereka yang pandai mengambil hati keduanya, tidak memasukkan masalah dan perselisihan ketika bermuamalat dengan mereka, menghormati usia dan kedudukan mereka, lakukan sepertimana anda lakukan kepada kedua ibu bapa anda.

Ketahuilah wahai isteri muslimah, penghormatan kamu kepada mertua mu itu adalah penghormatan mu buat suami tercinta, keburukan yang kamu lakukan keatas mertua mu ibarat keburukan kepada suami mu, redhakah jika ibu anda diperlaku buruk?

Adakala mertua melakukan ujian kepada anda, mereka bermuamalat dengan buruk, disitu anda hendaklah bijak dalam menyelesaikannya, jika dengan cara kekerasan (buruk), nahas!…anda sudah diperangkap, disini anda boleh ambil tindakan bersabar kemudian menyelesaikannya dengan cara yang lembut dan berhikmah, elakkan dari pertengkaran dan perselisihan, dengan cara ini mungkin mertua yakin dan berubah dari layanan yang buruk kepada menyayangi anda.

Dalam al Quran ada mengajar caranya :

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah  dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

(Fushshilat :34)

Hendaklah muamalat diantara keduanya itu dengan niat yang ikhlas, kerana niat yang tidak ikhlas akan terzahir dihadapan mertua samada melalui percakapan dan juga perbuatan, kemudian melahirkan masalah besar yang mana pada asalnya tidak wujud.

Para isteri hendaklah menggunakan perkataan yang lembut ketika bersama mertua, jika anda tersilap dalam perkataan juga perbuatan cepat-cepatlah membaikinya, dan janganlah bersifat keras kepala kerana tidak mahu mengaku salah.

Ingatlah! Setiap isteri, jangan sesekali cuba mempengaruhi suami anda agar memarahi dan menegur ibunya, kerana perkara ini akan menimbulkan marah Allah SWT, apa yang dibuat itu adalah dosa besar, iaitu menderhakai kedua ibu bapa.

Jangan pula anda rasa terlepas dari bersalah, jika suami anda telah melakukan dosa besar kerana menderhakai keduanya, dosa yang akan diterima sama besar dengan suami anda, kerana yang mengakibat berlakunya penderhakaan itu adalah anda.

Sabda Rasulullah SAW :

“ Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan, baginya itu ganjaran pahala sepertimana yang dilakukan oleh orang yang mengikutnya, tidak berkurang pahalanya itu daripada pahala-pahala orang yang mengikutnya, dan sesiapa yang menyeru kepada keburukan, baginya dosa sepertimana yang dilakukan oleh orang yang mengikutnya, tidak berkurang dosanya itu daripada dosa-dosa orang yang mengikutnya.

(Hadith Riwayat Muslim dan selainya)

Jika anda hidup satu rumah bersama mertua, anda digalakkan melakukan pekerjaan yang berasingan selagi tidak diminta tolong, ini mengelakkan perselisihan  dalam melakukan satu pekerjaan.

Bertaqwalah kepada Allah dalam bermuamalat bersama mertua, hormatilah kekurangan dan ketuaannya (kedudukannya sebagai orang tua), sehinggalah dari segala kebaikan yang anda curahkan dengan ikhlas kepada mertua akan dapat dirasai juga di umur tua anda nanti, memperoleh kemuliaan sepertimana kemuliaan yang anda bagi buat mereka insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Suami Isteri (Berbuat baik kepada keluarga suami mu)

  1. assalamualaikum…

    alhamdulillah segala artikel ini sangat bermanfaat…

    sekadar ingin berkongsi,bagaimana seorang wanita ingin meyakinkan ibu bapanya jika dia sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga tapi ibu bapanya seolah-olah tidak ambil peduli dengan apa yang dialami…keaadaan ni menyebabkan dia tersepit antara dua..

    mungkin ust boleh kongsikan di entry yang baru..

    waallahua’alam.

    • waalaikummussalam

      saya rasa saudari perlu menjelaskannya dengan lebih detail, mungkin sebab perempuan tu terlalu muda, so…family tak bagi, dan banyak kemungkinan lain lagi, sebab saya tak tahu.

      Cuma yang penting keredhaan ibu bapa, soal meyakinkan kedua ibu bapa saya cadangkan cari orang tengah, yang mana ibu bapa sangat menghormati orang tengah tu, dan banyakkan doa, kerana soal hati kepunyaan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s