Suami Isteri (Menjaga hubungan dengan jiran)

872neighborhood

Jaga Semangat Kejiranan

Bismillahirrahmaanirrahim

Antara perkara penting yang perlu diambil cakna oleh seorang isteri ialah menjaga hubungan dengan jiran agar sentiasa aman dan damai.

Tidak mungkin seorang suami dapat hidup tenang dan damai jika isterinya punya banyak masalah dengan jiran, bergaduh sini, perang sana dll.

Itu dari sudut perasaan suami, dari sudut lain nya anda tidak menjaga hak jiran apabila anda menimbulkan masalah dengan jiran dalam masa yang sama tidak menghormati hak suami…

Mungkin ada yang kata ; hak suami satu sudut hak jiran pula lain.

Tidak! kedua-duanya adalah satu, jika hak dengan orang lain kita ganggu, apalagi suami orang yang lebih hampir, peratus untuk mengkhianati hak nya lebih besar.

Seorang suami ketika pulang dari kerja inginkan ketenangan, keamanan, kesenangan dan damai dalam rumahtangga nya, malang sekali jika isteri punya masalah dengan jiran, perasaan suami gundah gulana dengan perangai isterinya mungkin sampai tahap malu.

Banyak hadith Rasulullah SAW menuntut kita menjaga adab dengan jiran :

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berbuat baiklah kepada jiran nya

(Muttafaqun Alaih)

Telah bercerita sekalian manusia kepada Rasulullah tentang seorang perempuan mengenai banyak solatnya dan puasanya, kata mereka lagi : akan tetapi dia menimbulkan masalah kepada jiran dengan lidahnya (percakapannya), Rasulullah SAW bersabda : Dia di neraka.

(Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

Disini membawa maksud solat dan puasanya itu walaupun banyak, tetapi sikit tidak memberi manfaat kepadanya, kerana dari akhlak dan perbuatannya jelas tidak menunjukkan kesan solat dan puasa itu.

Berbuat baiklah kepada jiran mu wahai sekalian isteri, bina hubungan yang baik demi kepentingan suami juga, redha Allah bersama mu dunia dan akhirat insyallah.

p/s : bulan puasa ni kami selalu dapat makanan dari jiran-jiran arab, ini satu budaya yang amat baik untuk dipraktikkan dalam mengakrabkan semangat kejiranan insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

4 thoughts on “Suami Isteri (Menjaga hubungan dengan jiran)

  1. salam..nice blog..banyak info ble dapat..ilmu x kn datang sdiri klu kita x mencari..hmm..ble ain tnya..berdosakah kite klu tinggal dengan org yang x solat..kite dh tegur dia tp stay sama ja..x berubah.
    syukran.

    • Salam

      Saya suka untuk kita merujuk kepada hadith :

      من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فليغيره بلسانه فإن لم يستطع فليغيره بقلبه وذلك أضعف الإيمان
      الراوي: – المحدث: ابن العربي – المصدر: أحكام القرآن – الصفحة أو الرقم: 2/227
      خلاصة الدرجة: صحيح

      Usaha mengubah itu perlu ada, berdasarkan hadith ini, mula2 dengan tangan (kuasa), kemudian lisan, akhir sekali hati.

      Jadi usaha yang saudari buat tu bertetapan dengan hadith nabi, sudah tentu ada ganjaran baiknya.

      Berdosakah tinggal dengan orang tak solat?

      Tak menjadi masalah untuk kita tinggal bersama dengan dia, yang penting kita tak terikut sama berperangai seperti dia.

      Jika kita yakin, kita mampu mengubahnya, teruskan usaha mengubah, tapi kalau rasa diri lemah, takut terjerumus sama macam dia, ada baiknya mengelak dari mengambil risiko tinggal bersama.

      Wallahu Ta’ala A’lam

  2. Pingback: Takziah kpd Norlia Ghani sekeluarga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s