Suami Isteri (Jangan Cepat Meminta Cerai Ketika Bergaduh)

3715401834_1dfccf346f

Bismillahirrahmaanirrahim

Seperti yang kita ketahui, sesungguhnya Islam menasihati setiap pasangan itu mengadakan hubungan yang baik antara satu sama lain, sebaik muamalat, dan bersabar dengan setiap tabiat mahupun perbuatan yang tidak disukai tidak diredhai, khususnya kepada lelaki, sepertimana firman Allah SWT :

Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka,  karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

(An Nisaa : 19)

Dan janganlah suami itu cepat mengakhirkan hubungan perkahwinan dengan talak, berdasarkan ayat diatas, Allah SWT menjelaskan mungkin ada beberapa perbuatan yang tidak kita sukai, tetapi ingatlah banyak lagi perbuatan yang baik dari amalan mereka (isteri).

Hadith nabi ada menjelaskan tentang hal ini

Jangan membenci seorang mukmin seorang mukminah, jika kamu tidak menyukai pada akhlak nya, redhalah kamu pada akhlaknya yang lain.

(Hadith Riwayat Muslim)

Tidak ada pada manusia itu melainkan padanya perbuatan baik dan buruk, selalunya yang baik itu mengatasi yang buruk, sifat yang baik selalu nya mengatasi sifat yang buruk, dan janganlah kerana beberapa sifat yang buruk itu menggugat rumahtangga, bersabarlah sehingga perangai buruk itu diubah dengan perlahan menjadi baik.

Buat isteri, janganlah cepat meminta talak, samada secara terus terang ataupun dengan cara-cara yang tidak zahir dengan harapan berlaku penceraian.

Nabi telah memberi peringatan kepada isteri-isteri supaya berjaga-jaga dari meminta cerai daripada suami tanpa sebab yang menusabah, kerana penceraian ini merosakkan institusi keluarga, dan ianya perkara halal yang dibenci Allah.

Jadikan penceraian itu adalah penyelesaian terakhir setelah tiada cara lagi, jangan jadikan ianya cara pertama menyelesaikan pergaduhan yang berlaku, kebiasaan nya perempuan bersifat terburu-buru dan ingin cepat sehingga perasaan mereka mengatasi akal, kerana itulah Rasulullah SAW menyuruh wanita berjaga-jaga daripada meminta cerai tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Sabda Rasulullah :

Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suami mereka, maka haram keatas nya bau syurga

(Riwayat Ashab Sunan)

Dan dalam hadith lain dengan lafaz yang berbeza

Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suami nya tanpa sebab yang kukuh maka haram keatas nya bau syurga

Dan satu hadith lagi yang mempunyai sebab dan makna yang sama

Perempuan yang meminta cerai adalah munafiq

(Riwayat Ahmad dan Nasaei, disahihkan nya Al Baani dalam sahih nya pada no : 1934)

Hadith ini bermaksud mana-mana perempuan yang meminta cerai tanpa sebab yang logik dan kukuh maka dia seorang munafiq. Jadikanlah penceraian itu jalan penyelesaian yang terakhir.

p/s : Letakkan diri kita dalam keadaan sedar ketika bergaduh, jangan biarkan marah menguasai diri, kuatkan kesabaran, kerana orang yang kuat itu mereka yang mampu menahan marah, malulah bercerai sebab suami tidur berdengkur hehehe… wanauzubillah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

12 thoughts on “Suami Isteri (Jangan Cepat Meminta Cerai Ketika Bergaduh)

    • Jika kita baca dengan teliti saya ada tulis, isteri jangan mudah mintak cerai dalam hal yang tidak munasabah, contoh : si suami lupa nak belikan petai yang dikirim, bila si suami pulang, si isteri merajuk dan terpekik terlolong ” ceraikan saya…ceraikan saya…”. Kalau masuk pukul ni, rasanya boleh tahu munasabah ke tak kan.

  1. Kalo suami selalu tdk bs menahan amarah dan setiap marah selalu menghina dan menyakiti perasaan istri sehingga istri tidak tahan lagi,bolehkah meminta cerai??

  2. Assalamualaikum..bagaimana pula dgn kes saya..suami sudah tiada perasaan terhadap sy kerana kehadiran perempuan lain dlm hatinya..suami sudah membuat keputusan utk meninggalkan sy setelah sy bekerja kembali..tetapi dalam masa yg sama sy sudah tidak tahan dengan sikap curangnya, sy menasihati tapi dia tetap mengatakan dia dah tak mampu utk membahagiakan sy..sy sgt tertekan, perasaan sy diabaikan.

    • Waalaikummussalam

      Dalam kes puan saya nasihatkan puan minta fasakh. Memandangkan suami puan banyak berlaku curang dan mengabaikan perasaan puan. Saya nasihatkan puan dapatkan nasihat peguam dalam hal ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada puan insyallah.

  3. Salam, jazakallah atas perisian. Jika istri meminta cerai kerana faham hukum agama “taat pada suami” tetapi rasa dah tidak boleh “taat” kerana byk sgt2 isu2, sperti istri sudah sakit dr tahun lalu,dan slow down bisness,anak pun ada masalah kesihatan jadi byk masa nak concentrate hal2 rumah,namun istri masih lagi berusaha mencari rezeki dgn membuat pelbagai bis Masalahnya suami suka mengungkit, suami pula kurang memberi nafkah bathin misalnya sebulan 1 atau 2 kali,mmg dan suami byk lupa kebaikan istri selama ini” kerana faham tidak boleh taat dan acap kali berlaku pergaduhan,dimana istri faham ianya menlakukan dosa bagaimana??istri pun tertekan..istri pula seorg ahli masjid,rajin pergi usrah dan mengaji,istri yg memimpin dan istri yg selalu ingatkan suami ttg hukum..mmg penceraian adalah perkara paling dibenci Allah swt, tetapi klu istri terlalu tertekan,wpun dah bawa suami menunaikan umrah,dan berdoa2 siang malan..pasti sesuatu berlaku atas izin Allah swt, Allah swt itu tahu isi hati hamba2nya ..tlng nasihat supaya saya boleh sampaikan,,insyallah

    • Bismillahirrahmaanirrahim

      Kes puan agak berat, anak yang sakit, suami yang menambah beban, puan kelihatan terlalu banyak bersabar, satu hal bersabar dalam krisis rumahtangga bukan bermaksud si isteri terus berdiam menandakan ketaatan, apa yang diajar oleh Islam si isteri bersabar dalam masa yang sama membawa kepada saluran yang betul. Bagi pihak jabatan agama mereka akan menilai kondisi puan dan sudah pasti mereka akan membantu, saya sarankan puan bawa kepada jabatan agama adakah perkara ini boleh diselesaikan atau jalan terakhir meminta penceraian. saya doakan agar berkat kesabaran puan Allah balas dengan kebahagiaan yang sempurna insyallah.

  4. Assalammualaikum..sy br 3 bln lbih bkahwin ats dasar sama suka. Sblm bkahwin suami sy mmg seorg yg baran.pantang salah sikit d marah, di maki.sy sangka lps bkahwin brubah ttp masih sama..di maki, marah dn kluar kata2 yg mnyakitkan hati sy walaupun sy x bersalah.sy rs sedih sgt2 dan tertekan dgn sikap suami.sy juga punya hati perasaan.,smp berkali sy mntk utk d lepaskan.slh sy ke? Bantu la sy utk pulihkan hati perasaan sy..

    • 3 bulan terlalu muda usia perkahwinan, saya bukan lah pakar sangat tapi saya boleh katakan ini dalam proses saling berkenalan walaupun sebelum kahwin sudah lama kenal. Mengubah orang supaya jadi baik bukan kerja kita tapi kerja Allah cuma usaha yang boleh kita buat ialah menarik hati dia dengan layanan yang baiklah. Biasanya hati manusia akan lebih simpati dengan layanan yang baik.

  5. assalamualaikum…jika isteri minta cerai,dia tidak akan cium bau syurga serta munafiq…jadi bagaimanakah caranya?adakah perlu meminta maaf kepada suami dan jika suami maafkan baru boleh cium baru syurga?

    • Isteri biasa minta cerai…bila marah, tidak ada kaitan masuk syurga tak masuk syurga, si suami kena faham la orang perempuan. Cuma bila berlaku nusyuz terhadap suami, isteri kena cepat2 minta ampun pada suami. Takut kita meninggal tanpa redha suami susah kita di akhirat nanti. Tu pun kalau suami tu memang orang yang baik dan memenuhi keperluan seadanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s