Cerita Hari Raya

3899231474_0f80dfab7e

Bismillahirrahmaanirrahim

Seawal subuh kami dah bangun bersiap untuk menyambut hari kemenangan hari Raya Aidilfitri, bersarapan barang dua sebagai memenuhi sunnah sebelum ke masjid.

Khutbah raya lebih menekankan bulan ramadhan sebagai bulan tarbiyah untuk sebelas bulan seterusnya, tak ada yang special sangat dalam khutbah tu, tak ada lagi saya dengan khutbah mengenai bagaimana menyambut satu syawal berdasarkan sunnah, seperti solat raya di musolla (padang), makan sebelum solat raya dll.

Lagipun sepanjang pemerhatian saya selama seminggu ni, orang melayu kita tak ramai tahu amalan-amalan sunnah dalam kerja harian mereka, bagaimana adab di kubur, adab beraya, dll…mereka masih lagi beramal dengan amal-amal orang melayu, tapi tak ada yang salah pun sampai tahap syirik dan khurafat.

Selesai sesi bersalaman dan fotografi antara kami, maka berangkatlah pulang ke kampung, sejam perjalanan tak begitu terasa dek mengelamun fikirkan beberapa benda yang belum selesai.

Sesampai di kampung macam-macam cerita boleh dengar bila mereka ni berkumpul, dari cerita anak-anak sampailah cerita penjenayah kena tembak, ish..ish..bahaya betul.

Paling menarik perhatian bab kahwin…rupanya ramai anak-anak dara di kampung ni susah dapat jodoh, nak cerita soal rupa, semuanya cantik-cantik belaka, soal kerja pun senang-senang semua, masalah nya tak ada orang laki, kenapa agaknya?

Fikir punya fikir, dapat agaklah antara faktor susah nak dapat pasangan sebab lelaki sikit perempuan ramai, jadi saingan tu tinggi, ditambah lagi yang lelaki ni ramai mat rempit, kaki dadah, masuk penjara, bertambah-tambah sikit la lelaki yang boleh dibuat menantu.

Nasihat untuk semua yang mencari pasangan, jangan terlalu memilih sangat, bila datang yang baik tunggu apa lagi, nak dapat yang baik sekarang dah susah, bukan tak ada tapi sulit, banyakkan doa, ikhlaskan hati kerana Allah, insyallah akan didatangkan dengan yang baik, kalau niat nak harta dan nama, tunggulah padahnya, dunia juga mungkin Allah balas, merana kita.

Teman-teman di Morocco, kamu semua ada potensi jadi suami dan isteri mithali, baik-baik, ada ilmu, akhlak tak ada masalah, cuma nakal sahaja, jadi…yang punya kemampuan cepat-cepatlah satukan, macam penasihat persatuan kita sekarang.

Akhowat yang nak cari calon suami, saya syorkan budak-budak ikhwan Morocco ni, setakat ni semuanya okey belaka, akhlak, tanggungjawab, berdikari, semuanya bagus… ada yang kureng seorang dua tu saya kenal lah.

Ingat!  lelaki tak datang bergolek, perempuan tak datang ??? , yang penting kena usaha, doa dan tawakkal (Allah suka hambaNya yang bertawakkal selepas berusaha) kalau tak andartua la nanti hehehe…

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

4 thoughts on “Cerita Hari Raya

    • tak leh gtau….aib orang, tapi kalau ada akhowat morocco yang nak kahwin dengan ikhwan morocco dan nak tahu bakal dia tu yang kureng ke tak, insyallah ana tolong heheheh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s