Soal Jodoh

Jangan jadi macam minah-minah ni ye

Jangan jadi macam minah-minah ni ye

Bismillahirrahmaanirrahim

Masa di Morocco saya sempat melawat beberapa kubur, dipercayai kubur para wali, orang Morocco yang melawat kubur ni biasanya melakukan amalan syikir, seperti sembahyang menyembah kubur, memohon pertolongan orang dalam kubur, tawaf kubur sambil memegang lilin dan yang sama waktu dengan nya.

Kebanyakan mereka yang menziarahi kubur adalah perempuan, mulanya saya pelik juga kenapa yang ziarah kubur ni banyak orang perempuan, kemusykilan saya itu dijelaskan oleh teman arab, Said.

“ Biasanya mereka yang datang sini bertawassul untuk dapatkan jodoh, mohon dari orang mati agar diberikan jodoh “. Kata Said.

Barulah saya faham, dari gaya mereka tak macam orang dah kahwin, jangok kata orang Kelantan, tapi agak berumur…sedih mereka ni, dah la jodoh tak ada lagi, tapi usaha dengan cara yang salah, mungkin jahil, tak tahu itu salah, ikut cakap orang je (suruh belajar ponteng kelas, tu lah akibatnya hehehe).

Malaysia

Di Malaysia setakat yang saya tahu tak ada lagi yang pergi bertawassul di kubur mintak jodoh, biasanya mintak nombor ekor adalah.

Malaysia popular dengan mandi bunga, katanya menaikkan seri bila orang pandang, mempercayai dengan bermandi bunga boleh memberi jodoh adalah I’tiqad yang salah, kerana yang memberi jodoh adalah Allah SWT, tapi sekadar mandi untuk segar badan yang lesu atau menghilangkan bau badan tak menjadi masalah.

Satu perkara sama golongan yang masih tak ada jodoh ni kongsi adalah tabarruj (berhias diri secara berlebihan), jika difikirkan dengan logik akal (saya lebih suka untuk mengatakan berfikir dengan akal orang perempuan), memang berhias diri akan menarik perhatian orang lelaki, tapi…

Jika difikir (dengan akal orang lelaki) sedikit panjang, dengan bertabarruj lah akan lebih menyulitkan diri mereka mendapat jodoh, kenapa saya katakan begitu?

Lelaki yang sihat akal nya ingin seorang perempuan muslimah, yang lebih nampak iltizam pada agama, pandai menjaga diri dan aurat sebagai calon isteri mereka, tak percaya cuba tanya kebanyakan lelaki (aku…kalau nak pilih calon isteri pun, yang pakai tudung : rujuk filem Syurga Cinta).

Dan jika dilihat pada sudut syariat pun, bertabarruj adalah haram, pakaian dan solekan tidak menepati syariat, tapi doa mintak pada Allah, syariat Dia kita langgar, tak malu betul, macam mana doa nak makbul, tu sebab jadi andartu, andalusia dan macam-macam istilah lagi, wanauzubillah.

Kalau nak cerita berdasarkan pengalaman, ramai perempuan muslimah multazimah yang saya kenal dah mendirikan rumah tangga, saya yakin dan percaya berkat ikhlas menjaga syariat, Allah pasti akan mengurniakan rezeki yang tidak diduga padanya.

Cukuplah ngomelan saya setakat ini, kenapa tentang ini? sebabnya, ingin membina sesuatu yang besar sudah pasti dari bawah (mungkin ada yang tak faham, biarlah diri ini sahaja yang memahaminya).

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

4 thoughts on “Soal Jodoh

  1. salam…
    nice topic.. mandi bunga? syirik la beb.
    takyah la buat benda mengarut. Ada yang tak mandi bunga pun kahwin. ada jugak yang mandi bunga beratus baldi tapi tak ketemu jodoh…

    Bukan satu masalah la kalau xda yang ingin ke kita. Orang perempuan pulak bukan sahaja yang tak berpunyer bersolek sakan.. tapi yang dah berpunyer jugk bersolek mengalahkan artis…

    bab kahwin ni… kena usaha, tawakal dan doa.. jagn amalkan hal-hal yang boleh menjtuhkan iman dan membawa kepada syirik.

    • Memang jelas perkara ni syirik…tapi ramai juga masyarakat kita terlibat dengan gejala tak sihat ni…kenapa? banyak la sebab nya, yang aku nak komen pelajar agama (termasuk diri ini) apa kerja duk buat? kalau graduan agama tu bersepah sampai tak ada peluang pekerjaan untuk mereka, kenapa rakyat di takuk yang lama? maknanya graduan agama tiada kualiti. sama2 ingatlah.

  2. mandi bunga sekadar untuk memberi kesegaran pada badan. banyak sangat memperbesarkan faedah mandi bunga sehingga ada yang terfikir mandi bunga sahaja, jodoh akan cepat sampai. susah juga nak mengikis mentaliti mereka yang percaya perkara yang sebegini.

    • mandi bunga ni sebenarnya adalah adat orang melayu yang ditanam pada masyarakat sejak turun temurun sehingga ia menjadi adat dan khurafat…mungkin boleh diselidik asal mandi bunga…

      mungkin zaman dulu tak ada sabun2 yang best, wangi…harum… tercipta la mandi bunga, kemudian datang la orang mereka-reka kelebihan mandi bunga ni sehingga menjadi khurafat…padahal benda itu tak benar…(marilah bertukar kepada sabun dettol, wangi dan menyegarkan hehehe)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s