Bersama Masyarakat

DSC03915

Bismillahirrahmaanirrahim

Hari kedua saya jaga kedai, sebelum ni kerja luar kedai, semalam saya telah merugikan kedai beberapa ringgit, walaupun ada rasa menyesal, tapi ianya tak mematahkan semangat untuk terus bekerja, belajar dan berani melakukan kesilapan, tak ada masalah.

Di kedai kita tak akan lari dari bercampur dengan pelbagai ragam manusia, setiap mereka tak sama, apa yang harus kita lakukan adalah cara pendekatan yang berbeza, tak hipokrit ke? Itu antara persoalan-persoalan yang pernah kami bincangkan dalam usrah…

…akhirnya ku temui jawapan nya, kita tetap menjadi diri kita, apa yang berbeza adalah pendekatan, adakah sama cara kita bergaul bersama kawan-kawan dan ibu bapa? adakah sama cara kita berta’amul dengan ulama dan orang biasa? anda tentu memperolehi jawapan nya.

Perkara ni penting bagi setiap orang, dan kita tak perlu takut untuk melakukan nya, selama berhadapan dengan costumer, ilmu ini cukup penting saya praktikkan, masakan tidak, kadang-kadang mereka ni sampai memperbudak-budakkan kita.Inilah realiti alam pekerjaan (mungkin).

Sehingga hari ini saya telah memperoleh seorang kawan cina beragama Islam berkerusi roda, walaupun dah lima belas tahun menganut agama Islam kehidupan nya tak banyak berubah, solat tinggal, tak puasa, main nombor ekor….saya kira dia kurang bimbingan mengenai Islam, insyallah saya cuba lagi untuk mendekatinya. Mungkin rakan-rakan semua yang punya pengalaman atau idea boleh membantu saya membimbing beliau.

Jumpa lagi di post dan pengajian Suami Isteri kita yang sudah lama tertangguh Insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s