Bersama Masyarakat-2

Tempat Bekerja

Tempat Bekerja

Bismillahirrahmaanirrahim

Sehingga hari ini, saya sudah memperoleh beberapa kawan sekitar kedai tempat bekerja…

Samir

Seorang warga Pakistan, bekerja sebagai penjaga kedai ukiran kayu, sudah tiga tahun bekerja di Malaysia, masih bujang dan tak mahu orang Malaysia sebagai calon isteri, pernah menganggotai jemaah tabligh dan keluar merantau.

Fatah

Melayu, 21 tahun, tak bekerja dan tidak menghabiskan pembelajaran beliau di sek menengah…tinggi,besar dan jauh lebih matang (pada fizikalnya) dari diriku ini.

Uncle Wahab

Post sebelum ini saya pernah cerita tentang seorang lelaki cina beragama Islam, inilah orang nya, hari ini beli RM20 (dapat lah sepuluh nombor) nombor ekor selepas nombor ekor yang dibeli semalam tak kena.

Nak kata kawasan kedai kami ni ramai cina tak juga, dalam separuh melayu separuh cina, sepanjang perbualan dengan Uncle Wahab, sekitar kawasan ini bukan sahaja ada penjualan nombor ekor haram (tak berlesen), malah pusat karaoke, dan disebalik pusat karaoke ada rumah pelacuran.

Mulanya saya anggap Uncle Wahab ni cakap ‘lebat’, rupanya betul…dua tiga orang perempuan filipina lalu depan kedai kami tiap-tiap hari, selepas ditanya orang sekitar kawasan ini, memang perempuan filipina disini bekerja sebagai pelacur.

Dan saya yakin kegiatan ni semua diketahui oleh pihak berkuasa, tapi mereka macam tak ada kuasa untuk ambil tindakan, maybe ada yang lebih berkuasa dari mereka? dan banyaklah kemungkinan lain.

Insyallah dikesempatan yang lain saya akan berkongsi lagi bagaimana suasana masyarakat di sekeliling kami, mungkin perkara ini juga wujud dikawasan anda.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s