Bersama Masyarakat – 3

DSC04465

Bismillahirrahmaanirrahim

Kali ini masih lagi cerita bersama Uncle Wahab, cerita pengalaman orang main nombor ekor.

Berdasarkan cerita yang disampaikan, Uncle Wahab ni dah banyak kali juga ‘kena’, katanya pernah satu ketika dulu dia kena tiga kali berturut-turut dalam masa seminggu, “ minggu tu memang ada ‘ong’…” katanya sambil tergelak besar.

“ diorang ni tak cerdik, nak main nombor jangan main tulis je, kena fikir juga “ sambung beliau lagi, saya ni melayan je la.

‘’ ada sorang tu menang lima puluh ribu, pastu dia main lagi habis lima puluh ribu, bukan sahaja habis, dia berhutang lagi..memang dia ni tak cerdik ‘’ cerita Uncle Wahab tentang kawan nya yang main judi.

Asyik mendengar je terpacul lah dari mulut saya  “ melayu atau cina ramai main nombor ? “ “ sama banyak lah..” tapi dari pengamatan saya di kedai nombor ekor tu orang melayu lah paling ramai.

Apa yang betul-betul membuat saya tertarik dari ceritanya bila saya tanya ‘’ duit tu guna buat apa ? ‘’ ‘’ macam-macamlah, belanja kawan makan, pergi melancong ke China bla..bla..tapi duit nombor ni betul-betul tak ada berkat, kita tak rasa sayang langsung, seminggu sekejap je habis, kita tak sedar kemana perginya, lain dengan duit hasil titik peluh sendiri ‘’ jawab nya panjang lebar.

Walaupun Uncle Wahab ni tak faham sangat tentang agama, dia sendiri dapat rasa duit tu tak ada keberkatan, itulah fitrah, setiap yang buruk kita akan dapat rasa keburukan nya.

Sehingga ke hari ini saya masih lagi berfikir untuk ‘masuk’ dan mengubahnya, tetapi kudrat ini lemah dari banyak sudut, semoga Allah memberi petunjuk kearah jalan perubahan ini.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s