Memberi Lebih Baik Dari Meminta

2395024561_359d21ac0e

Bismillahirrahmaanirrahim

Perjuangan

Kenapa perjuangan Islam tidak menang ? Persoalan seperti ini harus kita check kembali diri kita, sudahkah kita memberi sepenuhnya kepada perjuangan ini ? tenaga? Harta? Masa? , tahukah kita demi perjuangan, golongan Ansar sanggup memberi segala nya kepada Muhajirin, hatta isteri-isteri mereka, sampaikah pengorbanan kita setinggi itu?

Rumah Tangga

Kenapa abang macam tak sayangkan saya? Kembalilah check diri kita, sejauh mana kita memberi layanan kepada suami, layanan yang diberi tanpa mengharapkan apa-apa akan dibalas dengan layanan yang paling baik, believe it!!!

Ingatlah apa yang ada pada diri kita tak semestinya milik kita, mungkin hak orang lain, tetapi Allah menggunakan kita untuk disampaikan pada tuan nya.

Sebagi contoh ,zakat, harta yang diharuskan zakat apabila sampai masa harus ditunaikan kepada pemiliknya, kerana itu janganlah kita ingat segala yang ada pada kita akan menjadi milik kita selama nya.

Dan janganlah sesekali merasa rugi untuk memberi, ikhlas memberi Allah SWT akan lipat gandakan nikmat untuk kita, tidak kira dari sudut apa sekalipun, metereal, ketenangan jiwa, dan sudah pasti pahala buat bekal di akhirat kelak.

Begitulah indah hidup pada memberi, hati akan berasa tenang kerana kita faham kita tidak akan rugi malah memperolehi keuntungan. Seperti seorang peniaga yang ingin berniaga, duit yang dikeluarkan sebagai modal pasti memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Saya datangkan satu kisah dari Dr Hamka, kisah ini Dr Hamka kisahkan di dalam bukunya yang berjudul Falsafah Hidup. Cerita salah seorang guru yang paling disayangi beliau sehingga terbentuk dirinya sehebat itu.

“  Dari segi yang lain dapat kita lihat bahawa St. Mansur seorang yang ‘bodoh’. Dia tidak kenal apa yang dinamakan wang. Bertemu dengan orang kesusahan, jika ada wang dalam tangannya, diberikannya sahaja, padahal beberapa saat kemudian isterinya menyatakan beras tidak ada “. ( Dr Hamka, m/s : 9-10)

Berkat kebodohan (yang digambarkan Dr Hamka, sebenarnya ianya satu pujian yang terlalu tinggi) kepada wang dan sifat memberi yang tidak mampu ditandingi itu, telah melahirkan ulama terkemuka Nusantara, itulah Dr Hamka.

Jika disoroti kehebatan Dr Hamka mungkin tidak ada orang yang mampu menandingi beliau di rantau Nusantara ini, pemikiran yang jauh merentas zaman.

Semoga kita mampu menjadi manusia yang sanggup memberi seperti Ansar kepada Muhajirin demi kelangsungan kebangkitan Islam dan kejayaannya nanti.Insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s