Kontraktor Kelas F Kot?

DSC04461

Bismillahirrahmaanirrahim

Kerja memang banyak kena sabar, tak sabar mahu tak laku kedai ayah aku ni, harga dah berpatutan, bukan kita nak ‘cekik darah’ pun, semua aspek kita fikir untuk pelanggan, soal tenaga tolak tepi, memang tak cas, bukan Morocco ni.

Tapi pelanggan tak fikir susah kita, buat apa mereka ni nak fikir kan, yang penting dapat harga murah, aku faham tentang tu, memang hak dia, cuma satu benda mintak mereka faham, aku ni orang juga, ada perasaan juga,BERCAKAP TU BAIK SIKIT, kalau dah sampai mengejek, mengutuk, merendah-rendahkan kita, tu memang melampau.

Penat-penat angkat barang datang pula orang dengan mulut tak cover mahu hilang sabar aku, mujurlah setakat ni boleh tahan lagi, bila jumpa jenis macam ni aku serah pada ayah aku, terus aku pergi belakang, mencanak kat situ lain pula jadinya nanti.

Mungkin ni darah orang muda, tak boleh tu sikit dah mengelegak, setakat ni tak meletup je lagi. Kebanyakan orang jenis macam ni ‘kontaraktor’, kelas berapa tak tahu la, suka mengarah, mulut nak kena sumbat, sekali dua aku balas juga bila diorang banyak bunyi.

Semoga diri kuat untuk terus bersabar dan tak meletup, tetiba rasa nak luah, nak cakap kat orang tak tahulah sapa nak dengar (alhamdulillah lega sikit hati ni…)

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s