Orang Buta Dan Gajah

387735120_b60297de8d

Bismillahirrahmaanirrahim

Pernah dengan cerita orang buta dan gajah?

Ada sekawan orang buta jumpa dengan gajah, Si buta A menyentuh belalai gajah “ gajah ni panjang “ Si buta B menyentuh perut gajah “ gajah ni besar dan bulat” Si buta C pula menyentuh gading gajah “ gajah ni keras dan tajam hujungnya “.

Itulah tafsiran yang dibuat oleh sekawan buta, hakikatnya gajah bukanlah apa yang mereka tafsirkan.

Itulah masalah gerakan-gerakan Islam apabila menyeru sebahagian Islam tidak secara syumul, ada yang mengatakan Islam adalah ibadah bukan soal hidup, Islam adalah nikah cerai bukan ekonomi dan politik, Islam cukup dengan aqidah tanpa perlu ibadah, Islam syahadah, solat, puasa, haji, dan zakat tanpa akhlak, Islam tanpa jihad dan lain-lain.

Musuh Islam mula menyindir dan memainkan propaganda menambah derita umat ini dengan menimbulkan pelbagai persoalan. Anda ingin menyeru Islam apa ? Islam Khomaini? Islam sufi? Islam Wahabi? Islam terroris? Islam padang pasir ?.Islam ekstrem ?

Kelu dan buntu kita diasak begitu, salah umat tidak faham Islam yang bagaimana mereka seru, salah umat ini membahagi-bahagikan Islam, salah umat ini tak belajar bagaimana Islam generasi pertama.

Islam yang bagaimana sebetulnya ?

Islam yang diamalkan oleh sebaik-baik generasi, iaitu para sahabat, itulah Islam yang kita seru, Islam itu yang kita faham, tidak dikurang dan tidak ditambah.

Jika ini yang difahami, tidak timbul Islam Asia, Islam Afrika, Islam sekular dan pelbagai nama lagi. Islam itu satu, sumbernya al Quran dan Sunnah.

Berapa ramai yang jadikan al Quran dan Sunnah sebagai rujukan, soal ekonomi kita ambil kapitalis, soal pemerintahan kita ambil sekular, soal pakaian ambil barat, soal ibadah sekalipun kita ambil dari sheikh(yang buat bidaah) bukan dari sunnah Rasulullah SAW.

Islam diambil secara keseluruhan, bukan ditokok tambah dan dibuang sesuka hati, seolah pemilik Islam itu adalah kita. Layaklah umat ini begitu hina dan dina diperlaku musuh, berpecah sesama sendiri, bergaduh sesama umat, semuanya kerana tidak faham apa itu Islam.

Jika Islam diambil sekerat-sekerat jadilah sepertimana yang difahami orang buta tadi, dah la buta dah tu nak bercakap, kemudian salah, memang layak kena ketuk kepala, humban mana-mana lombong.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Orang Buta Dan Gajah

    • Dr Yusuf Qardhawi ada menyebut musuh Islam akan mencipta pelbagai nama kepada Islam untuk menambahkan kekusutan dan kekeliruan umat Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s