Aqal Dibelenggu Malaun Masyarakat

nasihat14

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat yang tidak terkira banyak, dan di antara nikmat itu ialah aqal, dengan aqal inilah yang membezakan antara kita dan haiwan.

Namun begitu, sedarkah yang sebenarnya aqal kita dikongkong, aqal yang telah membezakan kita dan haiwan ini disekat kepenggunaannya, dibataskan sehingga menyebabkan kita menjadi dungu dan bodoh.

Aqal hendaklah diransang, samada melalui pembacaan, berfikir, mengira dan lain-lain lagi agar ianya tidak menjadi jumud dan statik sehingga mengakibatkan kelembapan.

Bagaimana ingin meransang minda jika kita disekat untuk menggunakannya? Itulah masalah yang dialami oleh kebanyakan masyarakat dunia.

Lihat sahaja di tanah air tercinta ini, berapa ramai masyarakat kita disekat untuk berfikir dan menilai kebenaran.

Media massa samada tivi dan radio lebih banyak membodohkan rakyat, contohnya isu rasuah, selepas satu jawatankuasa ditubuhkan, tumbuh lagi jawatankuasa lain, akhirnya isu itu senyap, rakyat dah lupa, ‘jerung’ yang makan pitis terlepas, mujurlah ada media baru seperti blog, laman web, laman sosial dsb nya.

Soal agama rakyat tidak diberi kebebasan menilai pendapat yang lebih kuat, jika itu mazhab yang digunakan oleh sesebuah negara, sampai bila-bila pun dipertahankan lagi mazhab itu, walaupun ada yang lebih sahih ataupun sudah tidak sesuai dengan zaman, bukan kita menyeru kepada tidak bermazhab tetapi memberi kebebasan menilai mana yang lebih kuat.

Dari sudut pendidikan, tesis mahupun penyelidikan mesti bertepatan dengan kehendak institusi pendidikan, institusi pula terikat dengan kuasa politik, penulisan yang keluar dari kehendak penguasa akan dihukum samada gagal atau ditendang, saya tidak pasti di Malaysia adakah seteruk ini, tetapi wujud hakikat tersebut.

Penerimaan satu arah juga tidak mengembangkan aqal, seperti ceramah, pendengar hanya didoktrinkan semata-mata, tiada soal balas dilakukan, apatah lagi jika penerimaan satu arah ini diamalkan disemua peringkat, dari  peringkat kanak-kanak hinggalah tua bongkok tujuh.

Jika keadaan ini berterusan dalam masyarakat, maka akan lahirlah generasi ‘pak turut’ tak lebih seperti lembu yang dicucuk hidung kerana keistimewaan aqal itu disekat dari  digunakan sepenuhnya.

Perkara ini dapat diatasi dengan wujudnya gerakan pembebasan, gerakan yang mebebaskan kita dari belenggu kebodohan, yang menyekat aqal ini untuk menilai kebaikan, menilai haq, dan mencari kebenaran.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s