Doktor Hisap Rokok

928932685_a6c320b6fd

Bismillahirrahmaanirrahim

Mesti kita pelikkan jika satu hari kita ditakdirkan berjumpa dengan doktor yang hisap rokok.

Malah doktor ini merawat pesakit yang sakit kronik akibat rokok, betambah, pelik bin ajaib dan pening kepala otak ni memikirkannya.

Untuk menjadi seorang doktor bukan mengambil setahun dua mengenal dan mempelajari tentang sains, sejak dari sekolah, universiti, praktikal sehinggalah bergelar doktor, dalam tempoh tu berapa banyak bahan kimia yang dia kenal.

Ajaibnya doktor ni tetap menghisap rokok, kenapa yer?

Mungkin doktor ni sekadar belajar untuk jadi seorang doktor, dapat kerja habis cerita, bahaya bahan kimia yang dipelajarinya tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya, kerana niatnya belajar sekadar menjadi doktor.

Atau dia tahu dan faham bahan-bahan kimia itu cukup merbahaya dan boleh mendatangkan maut, cuma kalah dengan nafsu.

Begitu juga umat Islam, setinggi mana pun belajar agama, berapa ramai sheikh yang ditalaqqinya, tidak ada guna tanpa iman.

Apabila kita mengenal Islam, kita dituntut untuk beriman, Islam tanpa iman jadilah doktor yang hisap rokok tadi, tidak ada kesan langsung kepada dirinya.

Sebab itu kita boleh tengok berapa orang Islam meninggalkan puasa, solat, memakan harta haram,samada riba, rasuah, menindas orang, menipu, anak haram, zina, dll.

Ada juga orang Islam seperti kemungkinan kedua tadi iaitu lemah imannya, mereka yakin dengan semua yang datang dari Allah SWT, tetapi masih juga melakukan maksiat dek lemah dengan godaan dan tipu daya iblis.

Oleh kerana kita tidak tahu bila mati akan bertandang, baikkah di akhir hayat nanti atau sebaliknya, maka marilah beriman sebelum terlembat.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Ali Imran: 102

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s