Ini Perjuangan Budak Morocco

Bismillahirrahmaanirrahim

Tulisan kali ni saya tuju khas untuk pelajar Morocco, samada bekas atau masih lagi bergelar pelajar. Berkaitan sijil dan pengajian lanjutan di Malaysia.

Saya sedia maklum kebanyakan pelajar Morocco yang pulang ke tanah air bercita-cita tinggi untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya (khususnya master). Saya juga faham pelajar Morocco adalah  golongan yang cinta dan dahagakan ilmu.

Semua itu bisa terbantut dek sijil dan masalah kiraan markah. Graduan Morocco yang dapat lebih dari maqbul hanya seorang dua setiap tahun, selebihnya atau kebanyakannya maqbul.

Ketahuilah semua, sijil maqbul hanya sijil Ijazah am. Bak kata seorang senior Morocco ketika bertemu beliau di Ipoh baru-baru ini, Ijazah am adalah ketegori Ijazah yang tak dipandang walau sebelah mata, terlalu lekeh dan tercorot.

Kelayakan Master Di Malaysia

Kelayakan bagi seseorang yang ingin memohon master di Malaysia, anda hendaklah memperolehi 60% keatas. Contoh markah muadal am anda adalah 12, maka 12/20×100 = 60%, oleh itu anda antara yang layak untuk memohon, bawah dari tu anda hanya boleh bermimpi dan berharap.

Berdasarkan kiraan ini ramailah pelajar Morocco yang punya cita-cita tinggi tadi tak dapat nak sambung belajar. Nak salahkan siapa? salahlah diri sendiri! kenapa belajar tak sungguh-sungguh.

“Saya dah belajar sungguh-sungguh, nak dapat mustahsan memang dah target, tapi tak dapat juga”. Keluh seorang teman. Baik, saya faham keadaan anda. Banyak faktor-faktor nak dapat mustahsan ni susah tapi tak mustahil. Saya datangkan satu faktor yang munasabah pada kiraan saya (anda tidak boleh menjadikan faktor ini alasan untuk malas belajar).

Tempoh Pengajian Dan Subjek

Tempoh pengajian hanya tiga tahun, berapakah subjek yang harus anda habiskan dalam tempoh tiga tahun ini? Di Jamiah Qurawiyyien Tetouan sebanyak 60 subjek, purata setiap sem adalah 10 subjek. Cuba anda tanya kawan-kawan anda di Malaysia, Mesir, dan Jordan berapa subjek setiap sem mereka ambil? anda akan mendapati kebanyakan mereka mengambil kurang dari jumlah subjek yang kita ambil. Saya amat terkejut di Jordan anda boleh memilih subjek sesuka hati, paling sikit dua subjek, paling banyak enam, harapan mendapat jayyid, jayyid jiddan, mumtaz tersangatlah besar.

Ada dikalangan kita setiap sem mencecah dua belas subjek, anda hanya diberi peluang sekitar tiga bulan untuk mengkhatam dan memahami semua subjek tersebut, alhamdulillah…walaupun bebanan subjek yang banyak dan tempoh pengajian yang singkat, kebanyakan kita mampu menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun yang ditetapkan.

Pada kertas saya akui kita tidak berkelayakan, tetapi jika pihak yang berkenaan memahami situasi, kondisi pengajian, dan kelebihan-kelebihan yang kita ada, kita jauh lebih layak untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Perkara ni memang selalu diutarakan samada kepada pihak KPT setiap kali mereka ke Morocco, tindakan selanjutnya selalu menjadi tanda tanya. Mungkin kekerapan bertukar menteri menyebabkan masalah kita terlepas pandang.

Saya menyeru mereka yang sedar masalah ini untuk sama-sama mengambil tindakan yang sewajarnya demi kebaikan generasi akan datang pelajar Malaysia di Morocco terutama lepasan Morocco yang mempunyai jawatan di institusi pengajian tinggi.

Usaha yang boleh dilakukan pelajar Morocco sekarang ialah dengan belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan mustahsan, hasan, dan hasan jiddan, bukannya maqbul.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

8 thoughts on “Ini Perjuangan Budak Morocco

  1. kebetulan saya dapat berjumpa seorang pensyarah (perempuan) di UDM. beliau kini sedang menyambung pengajian peringkat phd di malaysia. beliau adalah bekas pelajar malaysia yang pernah belajar di maghribi ketika pengajian ijazah sarjana muda. kata beliau, dia sendiri pernah ke KPT mengutarakan hal penaiktarafan graduan dr universiti-universiti maghribi baru-baru ini. apa jawapan pihak di sana? katanya, penaiktarafan itu tidak mungkin akan dilaksanakan atas dua sebab. pertama, kekurangan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti di sana kepada para pelajar. kedua, subjek-subjek yang diajar tidak bersesuaian. kami hanya menepuk dahi mendengar sebab-sebab yang tidak kukuh tersebut. wallahua’lam.

    • Salam.say nak tumpang tanya cucu sya minat nak bljr syariah d moroko.bolih nasihat d unibersiti mana ? Klau perlu tlg hubongi emak dia sitihakimah 0139632118..Allah jua yg mbalas usaha murni tuan/puan.salam

      • Waalaikummussalam

        Kalau nak belajar syariah di Universiti Qurawiyyien di Fes, tapi tak ada pelajar Malaysia di situ dan susah nak lulus. Boleh belajar mana-mana universiti lain di Morocco kerana pembelajaran Syriah memang mantap disana terutama maqasih syariah. Belajar di Kenitra ramai profesor dalam bidang syariah dan ahli Feqh Sedunia. Insyallah ada kelapangan saya akan telefon.

  2. Salam,saye aiman,lepasan spm 2013…boleh tolong saye mcmne nk isi borang morocco ni…n satu lg…boleh post senarai universiti n bidang yg ditawarkn sekali…klu bidang syariah baek u mana?usuluddin pula?

  3. mula2 tu minat benar nak hantar anak ke morocco sebab mengikut puan bee,taraf pendidikannya tak kurang hebatnya.Bila terbaca tulisan di atas………banyak subjek kena belajar…..kecut perut pula.kesian kat anak

    • ia bergantung pada tempat anak puan dihantar ke mana cuma, kalau tempat yang lecturer baik2, senang la lulus. Tapi banyak la kelebihan, kalau anak puan sebelum pergi dah boleh faham bahasa arab sikit2…biasanya 3 tahun dah habis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s