Anak Ikan



Bismillahirrahmaanirrahim

Ini kisah ibu ikan dan anak ikan. Kedua-dua mereka hidup aman dan makmur di sebuah tasik.

Pada suatu hari kedua-duanya berenang bersama-sama. Si anak telah ternampak makanan yang boleh dimakan berada hampir di permukaan air. Tanpa membuang masa si anak terus meluru kearah makanan tersebut.

Si ibu yang perasan anaknya sudah terpikat dengan makanan tadi cepat-cepat memanggil dari terus menuju kearah makanan itu tadi. Si anak hairan.?!

“ Nak…jika kamu memakan makanan itu, kamu sebenarnya akan memakan umpan dari seorang pengail, pengail itu akan terus menyentap mu ke darat, akan memukul mu sehingga mati, di bawa balik ke rumahnya kamu akan dilapah-lapah untuk dimasak dalam kuali panas “ jelas si ibu.

Si anak akur dengan nasihat ibunya. Pada hari yang lain si ibu sakit tidak dapat menemankan anaknya berenang-renang di tasik. Keluarlah si anak sendirian. Bila sampai kemuncak tengahari si anak mula berasa lapar, tiba-tiba si anak ternampak makanan.

Tapi dia mula teringat pesan ibunya, Untuk mendapat kepastian si anak menghampiri kepermukaan air. Ditinjau-tinjau tidak nampak mata kail, ditinjau-tinjau tidak nampak pengail.

Dirinya mula goyah, ditambah dengan rasa lapar, terus dia menyambar makanan tadi, dengan tak semena-semena dirinya rasa seperti disentap. Sah! Dirinya telah memakan umpan pengail. Tamatlah riwayat anak ikan tadi.

Moral

Anak ikan tadi terbatas pengetahuannya. Dia tidak nampak alam yang digambarkan oleh ibunya, dirinya hanyut bila tidak yakin dengan peringatan ibunya.

Begitu juga kita, selalu diingatkan dengan alam satu lagi, kita tidak nampak alam itu, tetapi ianya wujud. Ini kerana akal kita terbatas. Sedangkan apa yang berada disebalik dinding kita tidak tahu apatah lagi soal yang tidak dibenarkan kita memikirkannya. Bila kita disentap kesana, tidak ada apa lagi yang boleh mengembalikan kita ke dunia. Menangislah air mata darah sekalipun, segalanya sudah terlambat.

Wallahu Ta’ala A’lam

1 thought on “Anak Ikan

Leave a reply to ieda Cancel reply