Lemas Lagi

Pemuda, bapa mertua mati lemas

DUNGUN 13 Dis. – Seorang pemuda yang baru tujuh bulan melangsungkan perkahwinan mati lemas bersama bapa mertuanya ketika mandi di Pantai Rantau Abang di sini hari ini.

Mangsa ialah Badrisham Abd. Majid, 29, dan bapa mertuanya, Elias Ismail, 54, ketika cuba menyelamatkan Badrisham daripada hanyut dibawa ombak.

Lebih memilukan, mangsa dikatakan bakal menimang cahaya mata apabila isterinya, Atiqah Elias, 27, baru empat bulan mengandung.

Berita selanjutnya di :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Assalamualaikum

Ini antara berita yang berlaku setiap tahun di Dungun. Dah banyak kali telinga ni mendengar khabaran sebegini. Jika diamati dengan baik, boleh dikatakan tidak ada orang tempatan mandi laut, samada musim biasa apatah lagi musim tengkujuh ni. Kenapa?

Sebabnya adalah dasar laut sebelah pantai timur berbeza jika dibandingkan di pantai barat. Dasarnya beralun bukannya landai. Ada boleh lihat seseorang berada 50meter dari pantai ketengah laut airnya hanya ditakat pinggang, tetapi yang berada 5 meter kepalanya sudah tidak kelihatan.

Mana-mana yang datang berkunjung ke pantai timur jangan terlalu ghairah untuk mandi laut terutama di musim tengkujuh. Walaupun cuaca cerah tetapi kita tidak tahu keadaan ombak yang datang, kadang-kadang ombak kuat datang secara tiba-tiba dan tidak diduga. Ketika itulah berlaku kemalangan.

Selamat bercuti dihujung minggu, jangan lupa keselamatan diri dan keluarga anda yang tersayang.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s