Lumba Lari

Bismillahirrahmaanirrahim

Selesai solat subuh berjemaah zaujahku mengusulkan satu idea. “ Jom! Gi pantai bang? “ “jom!”. Jawabku.

Bersama motor Lexur, kami memecut laju ke Pantai Teluk Gadung. Sangka kami awal pagi begini tak ada orang di pantai. Sangkaan meleset sama sekali. Jauh disana kami melihat seorang lelaki.

“ Tu bukan berseorangan tapi berdua” kataku pada zaujah “ sorang la tu bang” jawab zaujahku. Bila kami makin menghampiri mereka, keluar seorang wanita dari celah kangkang lelaki tu. Astaghfirullah. Itulah yang terpacul dari mulut kami.

Setelah melepasi mereka, kami meneruskan aktiviti. Usai bergambar kami adakan satu acara. LUMBA LARI. Memang tak adil jika kami berlepas bersama di garisan permulaan. Saya biarkan zaujah berada beberapa meter di hadapan.

Berdasarkan hitungan memang saya jangka sempat nak kejar dan menang dalam perlawanan tu. Arghhh…kalah. Ada beberapa inci sahaja lagi. Saya mintak nak lawan sekali lagi. Arghhhhh……….kalah lagi. Saya tak sepatutnya memandang rendah kemampuan zaujahku. Tak mengapa, ada hari boleh balas.

Matahari mula tinggi. Panas kian terasa. Kami memutuskan untuk pulang. Saat pagi tu amat berbekas di hati. Satu lagi sunnah kami tunaikan. Sunnah itu membentuk kebahagiaan hubungan kami. Tersangat indah.

Alhamdulillah atas nikmatMu yang besar ini. Terima kasih buat zaujah ku yang terus mendorong kearah cinta Allah dan RasulNya.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

6 thoughts on “Lumba Lari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s