4R

Assalamualaikum

Lama tidak bersua. Sebabnya saya tak ada internet sekarang. Ke cyber cafe? Sudah tentu tidak. Tak pasal-pasal jumpa pelajar disana. Kedudukan guru juga kena jaga.

Kelas 4R. Kelas paling hard core disekolah ni. Dari mulut cikgu-cikgu kelas ni paling bermasalah, paling malas, tak pandai, semua yang buruk ada pada kelas ni.

Bagi saya memang amat sukar. Tiada pengalaman mengajar terus dihantar mengajar kelas ni. Sejak dua minggu ni pelbagai cara mengajar saya fikirkan.

Setiap kelas cara mengajar nya berbeza. Ada yang cukup kita baca dan terangkan mereka taat dan patuh mendengar. Ada yang terpaksa kita tulis di papan hijau. Ada yang kita bagi soalan dan kita juga yang carikan jawapan untuk mereka. Suap semuanya.

Bagi saya guru tak boleh memaksa pelajar menerima cara mereka mengajar. Cikgu perlu fikir apa cara yang paling sesuai untuk setiap kelas. Kelas pandai lain cara mengajarnya. Kelas kurang pandai lain pula caranya.

Kelas 4R tak lah seteruk mana yang digambarkan. Perlu sedikit masa untuk membeli kepercayaan mereka. Perlahan-lahan kita didik dan asuh mereka. Saya yakin setiap manusia punya hati yang boleh dibentuk. Cuma masa yang menentukan kejayaannya.

Semoga diri ini terus istiqmah dan diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa kepada kalimah Allah s.w.t.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s