Apa Perasaan Anda?

Bismillahirrahmaanirrahim

Kerja sebagai seorang guru cukup mencabar kesabaran. Baru hari isnin persekolahan bermula. Pelbagai kerenah budak-budak saya dengar. Ada yang kurang ajar dengan menggelakkan guru, kena rotan dengan pengetua, dan digantung sekolah.

Ada cikgu-cikgu yang puas hati bila dengar budak tu digantung sekolah. Dengar nya budak tingkatan lima. Mungkin terlampau nakal. Khabar cikgu tu lagi, bila pengetua nak gantung sekolah, dia merayu-rayu nak belajar tak nak kena gantung. Pandai pula merayu. Sebelum ni kerja tak buat, kelas ponteng. Sabar sahaja lah dengan kerenah budak-budak ni.

Saya hari ini juga diuji dengan kerenah pelajar. Tengah saya menyalin nota di papan hijau, dua tiga kerat yang tak nak belajar buat bising di belakang. Dalam hati saya kata ” sabar…sabar…jangan marah”. Dumm!!! tiba-tiba meja jatuh. Saya pandang budak tu. ” Maaf cikgu tak sengaja” katanya. Cepat pula saya sejuk. Siap menyalin saya pandang belakang untuk menerangkan apa yang ditulis.

Menyirap rasanya melihat kerenah budak dua tiga kerat ni. Sebelum ni pernah dengan pelajar angkat kaki atas meja masa guru mengajar. Kali ni saya diuji budak tu mencangkung diatas meja. Cepat-cepat saya alihkan pandangan mata saya kearah lain. Makin lama tengok takut makin panas. Kali ini saya nekad. Dua tiga kerat ni akan saya pulau sampai mereka sedar.

Apa agaknya perasaan anda? Perasaan saya sekarang…saya nak mohon jadi guru pelajar sekolah rendah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebunnya. Mungkin disitu lebih tenang dan lebih mudah untuk melentur budak-budak kearah Allah SWT.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s