Selamat Tahun Baru Cina

Assalamualaikum

Bagi saya dan zaujah cuti raya cina memang dinanti-nanti. Selama seminggu kami akan bercuti. Walaupun bercuti kami tidak pulang dengan tangan kosong. Pelbagai kerja yang harus disiapkan sebelum sesi persekolahan bermula nanti.

Bagi saya kertas soalan harus disiapkan dan dihantar tanggal 22hb iaitu hari pertama persekolahan selepas cuti. Zaujah pula sudah tentu dengan kertas kerja nya yang bertimbun tu. Saat artikel ni ditulis zaujah masih lagi di kedai photostat uruskan assignment dia.

Sebelum pulang tadi Persatuan Bahasa Cina sekolah mengagihkan buah limau kepada guru-guru. Bertimbun di atas meja tadi. Saya agihkan kepada pelajar pula. Seronok dapat benda percuma budak-budak ni. Walaupun pemberian tu kecil tapi amat bermakna buat pelajar. Selepas loceng akhir berbunyi para pelajar datang bersalam dan mencium tangan.~terharu~.

Saya memang tak letakkan harapan yang tinggi dalam peperiksaan kepada pelajar ni. Cukuplah saya mampu mengubah mereka sedikit demi sedikit. Walaupun fizikal mereka kelihatan lebih matang dari saya, akal mereka tetap akal budak sekolah menengah. Mencari keseronokan.

Tak salah untuk mereka berseronok. Tapi perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Tanpa bimbingan dari nakal mereka boleh bertukar menjadi jahat. Wanauzubillah min zalik.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s