Orang Lelaki Semua Playboy

Bismillahirrahmaanirrahim

Sepanjang saya bertugas di STAJ soalan yang paling banyak ditanya dan diulang ialah “cikgu dah kahwin?”. Walaupun saya terpaksa menjawab dan memberi jawapan yang sama saya tetap melayan mereka. Samada guru mahupun pelajar.

Sedang kami sibuk berbual tentang perkahwinan saya. Seorang pelajar perempuan berkata dalam keadaan hampa bunyinya ” orang lelaki ni cikgu, semuanya playboy”. Saya tak nafikan percakapan dia. Apa guna saya membela kaum sejenis sedangkan realitinya adalah benar.

” Betul tu, memang susah perempuan nak dapat lelaki baik. Dahlah lelaki sikit, kebanyakannya pula di pusat serenti, playboy, mat rempit. Nak jumpa yang betul-betul baik memang dah susah. Cuma kalau kamu nak yang baik dan yakin dengan Allah, jadilah baik. Sudah tentu orang yang kamu kahwini nanti adalah yang terbaik untuk kamu”. Ujar saya panjang lebar.

Mereka mengangguk tanda faham. Saya doakan peluang cerah menanti mereka pada masa akan datang insyallah. Disini saya ingin  mengucapkan selamat tahun baru cina buat semua pelajar cina yang menyambut tahun baru cina.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Orang Lelaki Semua Playboy

    • Buktinya lelaki boleh kahwin 4 hehehe…

      Saya memutuskan lelaki playboy berdasarkan pengalaman masyarakat di sekeliling saya. Dalam artikel pun saya gunakan ‘kebanyakannya’. Maka saya tak menghukum semua lelaki. Tajuknya berdasarkan ucapan pelajat tersebut, nak bikin gempak.hehehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s