Syed Qutb

Bismillahirrahmaanirrahim

Buat pendokong perjuangan Islam sudah tentu mengenali tokoh besar Ikhwan Muslimin ini. Mereka yang mempunyai fikrah haraki tidak kira di peringkat mana sekalipun harus bagi mereka mempunyai senaskah Ma’alim Fit Tariq atau Petunjuk Sepanjang Jalan.

Saya mengenali Syed Qutb dengan lebih dekat ketika belajar di Morocco. Seorang abang senior mengenalkan bukunya pada saya. Pada permulaan bukunya sudah cukup membakar semangat untuk terus menerokai bidang harakah.

Tidak lupa terima kasih buat zaujah tercinta yang mengirimkan terjemahan Ma’alim Fit tarik dalam bentuk PDF. Kini saya sudah mempunya kedua-dua naskah dalam bahasa arab dan terjemahannya. Pada buku ini ada satu gambar yang tersangat popular. Gambar as syahid Syed Qutb menoleh kebelakang dalam keadaan tersenyum sedangkan beliau dalam perjalanan ke bilik gantung.

Ketika mengamati gambar tersebut saya terfikir bagaimana seorang yang mengetahui dirinya akan menemui ajal boleh tersenyum tanpa sedikit rasa takut kecuali ada pada dirinya keyakinan yang beliau telah dijamin tempat yang selamat di alam kubur dan akhirat nanti.

Anda bayangkanlah sendiri bagaimana sejam lagi anda akan dihukum gantung sampai mati. Cukupkah amalan? terjaminkah kedudukan kita di alam barzakh? adakah akan diseksa dengan teruk? Semua persoalan ni kelihatan tidak sedikit pun ada pada Syed Qutb dari kejernihan dan keikhlasan raut wajahnya saat kematian makin hampir.

Semoga Allah terus mencucuri rahmat buat As Syahid Syed Qutb.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Syed Qutb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s