Kejohanan Olahraga STAJ

Assalamulaikum

Semalam hari kejohanan olahraga sekolah peringkat akhir. Cukup meriah dengan kehadiran pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Saya tak ditugaskan dimana-mana bahagian. Selalu nama saya terlepas dari diamanahkan menjadi AJK mana-mana unit ketika program.Alhamdulillah…

Oleh kerana bilangan pelajar yang ramai, guru-guru tak mampu mengawal kesemua pelajar di stadium itu. Oleh itu pelbagai ragam dan kerenah pelajar terpaksa kami harungi sepanjang kejohanan berlangsung.

Antara perangai yang sempat kami lihat, ada pelajar tingkatan satu yang berkongsi-kongsi menonton ‘video’ di dalam hand phone. Kesemua mereka berada dalam tandas. Itu ragam melayu.

Manakala seorang pelajar India tingkatan empat kelas saya mengajar dapat kami lihat dari jauh datang bersama botol arak. Saya dan Nafir tergelak tengok perangai budak-budak ni. Masing-masing nak menonjolkan kehebatan diri.Budak baru nak up.

Pelajar Cina pula bawa kawan-kawan luar dengan pakaian dan rambut yang konon ‘otai’. Tepuk kepala kami dengan perangai dan gaya budak-budak ni.

Selesai kejohanan datang budak-budak Sekolah Tinggi Klang giliran mereka menggunakan stadium. Kata saya pada Nafir ” sejuk je tengok budak-budak ni…tak banyak perangai, budak-budak pun dengar kata”. Beruntung Amin mengajar disitu. Pelajar tak banyak kerenah.

Paling menarik hati saya disana adalah ibu-bapa. Sangka saya budak-budak yang teruk di sekolah ni kerana degil atau terpengaruh dengan kawan-kawan. Rupanya sangkaan saya meleset. Ibu bapa pelajar lebih teruk. Tudung tak ada, baju ketat, seluar ‘ sentat ‘ (sendat+ketat), rambut macam kena celup air longkang (100% diwarnakan).

Kata seorang guru pada saya ” ibu bapa serahkan pada sekolah untuk didik anak mereka, mereka tak nak ambil tahu soal anak-anak mereka ni “. Saya betul-betul terkilan. Sedangkan bimbingan di rumah teramatlah memberi kesan kepada pembentukan minda pelajar.

Saya juga terkejut dengan pengakuan pelajar di dalam perutnya dah ada isi. Saya anggap dia hanya main-main. Tetapi dia bertegas mengatakan ianya benar. Katanya lagi, ibu selalu mengajaknya clubbing. Kalaulah dia menipu sekalipun, saya anggap pelajar tersebut memang dah tak ada perasaan malu langsung.

Cukup teruk keadaan sekarang. Tak hairan ada yang sanggup membuang anak. Kerja membaiki umat menjadi tanggungjawab kita. Kerana kita punya ilmu  untuk membantu mereka kembali pulih selepas lama kerosakan. Ayuh! berjuang, umat ketagihkan bimbingan kita.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Kejohanan Olahraga STAJ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s