Waqi’ Yang Berbeza

Bismillahirrahmaanirrahim

Ketika di Morocco saya memang ketandusan idea dalam menghayati gerakan Islam. Saya membaca buku haraki. Saya faham. Semuanya yang saya ada adalah teori. Suasana Morocco tidak menuntut satu gerakan pembaharuan. Semuanya kerana keadaan Islamik yang ditonjolkan mahasiswa disana.

Oleh kerana Morocco suasananya sudah Islamik dan mahasiswa memang sedia memahami Islam, hanya satu tuntutan yang harus dikuatkan oleh mahasiswa disana iaitu suasana ilmu.

Semuanya berubah setelah saya mengajar di sini (P.Klang). Saya kenal apa itu erti tuntutan dakwah. Suasana disini betul-betul menuntut islah dilakukan. Keadaan pelajar betul-betul memerlukan bimbingan. Ini membuatkan saya sentiasa mencari pelbagai idea dalam mengenengahkan Islam kepada pelajar.

Zon selesa benar-benar membunuh saya. Apabila kita hadapi realiti sebenar dunia ini, barulah masa itu kita sibuk nak mengaplikasikan ilmu yang kita ada sesuai dengan mad’u yang kita hadapi.

Suasana makin mencabar apabila saya juga menghadapi pelajar Cina dan India. Mereka tak lekang dari bertanya agama Islam. Saya harus menampilkan Islam itu indah dan tak merugikan pihak mereka. Ketika inilah saya dihimpit rasa kerdil.

Dalam rasa kekerdilan ini saya dibantu dan disokong dengan seorang srikandi dan juga aktivis kampus. Itulah zaujah tercinta. Saya tidak malu untuk mempelajari metode dakwah daripada nya. Saya tahu zaujah sudah lama bergelumang dalam dunia dakwah di kampus. Saya rasa bangga.

Antara perkara yang paling terkesan yang saya pelajari dari zaujah adalah ikhlas. Dengan ikhlas bantuan Allah itu ada dan setiap pekerjaan itu tidak sia-sia.Terima kasih habibati.

Semoga cabaran yang saya hadapi ini akan membuahkan hasilnya walaupun mengambil masa yang lama. Insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s