Bahaya Sekular

Bismillahirrahmaanirrahim

Bila seseorang menyebut perkataan ‘ustaz’. Apakah yang terbayang di benak kita?. Seorang yang berjanggut, memakai kopiah atau serban, berbaju melayu atau berjubah, baik akhlaknya dan sebagainya. Itulah persepsi kita bagi perkataan ‘ustaz’.

Itulah antara cara yang digunakan oleh para penulis yang berfahaman sekular. Penggunaan perkataan atau ayat menjauhkan seseorang itu dari memahami Islam yang sebenar.

Antara perkataan yang ditulis dalam penulisan mereka adalah penggunaan perkataan ‘agama’ bukan lagi ‘Islam’. Ini satu taktik yang amat halus digunakan oleh mereka bagi mengaburi kefahaman masyarakat terhadap Islam.

Apabila usaha mereka ini berjaya dengan mudah masyarakat menolak Islam. Masyarakat akan memandang lekeh kepada Islam. Tidak ada pada pemikiran masyarakat, Islam mampu menyelesaikan masalah.

Jika Islam dipandang hina dan sistem sekular sistem ciptaan manusia diagungkan, pada masa itulah masyarakat akan diperlakukan seperti lembu dibodohkan dan dipergunakan. Lihat sahaja kita di Malaysia. Masyarakat hanya akur dan taat setiap kali cukai dikenakan dan dinaikkan…

…kenapa masyarakat takut untuk bangun membantah? Sebab mereka menolak Islam. Masyarakat tak ada kemuliaan, jadi penakut, itulah akibat menolak Islam. Hanya Islam yang memuliakan manusia. Islam mengajar lawan golongan yang mempergunakan rakyat sesuka hati. Tetapi bila Islam ditolak, masyarakat ibarat lembu yang dicucuk hidung.

Sanggupkah kita dibodohkan lagi?

Sanggupkah kita dipergunakan lagi?

Sanggupkah kita hidup tak ada kemuliaan? asyik dihina dan dipandang lekeh oleh bangsa lain kerana mudah ditipu, sanggupkah kita?

Marilah kembali kepada kemuliaan, kembali kepada Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Bahaya Sekular

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s