Jalan Mudah Ke Syurga

Assalamualaikum

Setiap kali mengajar saya tak lepas untuk bicara soal dosa pahala syurga neraka. Itulah yang saya selalu selitkan setipa kali mengajar.

Bukan mudah untuk menarik golongan pelajar di sekolah ni mendengar apa yang kita cakap. Kadang-kadang mereka langsung tak hirau dan membuat bising. Oleh kerana mereka lebih besar saiznya dari saya, saya tak fikir cara kekerasan adalah yang terbaik mengajar mereka.

Alhamdulillah walaupun itu antara dugaan yang saya hadapi masih ada segelintir daripada mereka yang mendengar dan mengambil cakna apa yang saya sampaikan.

Minggu lepas ada dua orang pelajar bertanyakan saya, ” cikgu saya banyak dosa…macam mana saya nak hapuskan dosa saya?” Balas saya, ” taubat nasuha” tanya mereka lagi ” lepas taubat terus masuk syurga?” balas saya pula ” kenalah buat amal ibadat, tapi ada satu cara mudah nak masuk syurga…” mereka teruja ” apa dia caranya cikgu?” Saya menjawab ” mati syahid”.

Ya! itulah cara mudah untuk ke syurga. Jika ingin menjadi alim ulama, tengoklah diri kita. Jika ingin menjadi nabi atau rasul, dah tak ada nabi dan rasul selepas nabi Muhammad. Menjadi ahli ibadat, berapa lama sangat kita mampu bertahan sahaja di masjid. Jadi itulah satu-satunya cara mudah untuk ke syurga.

Akhir pesanan saya kepada mereka berdua. ” kalau kamu nak hidup atas dunia, hidup dengan mulia. Kalau nak mati, kamu mati syahid”.

Wallahu ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s