Warkah Buat Warga Siswa Morocco

Assalamualaikum

Sudah berbulan-bulan saya tinggalkan Morocco. Perasaan rindu ada sedikit terasa apabila mengenangkan kembali kenangan-kenangan disana.

Usrah

Usrah yang betul-betul konsisten saya dapat rasa pada tahun akhir disana. Walaupun persatuan ada menyediakan silibus tapi kami menjalankannya secara bebas. Masing-masing boleh memilih apa-apa tajuk kemudian mensyarahkannya.

Usrah kami lebih kepada mengasah bakat bercakap di kalangan kami. Masa tu kami sedar balik nanti mungkin kena bercakap di khalayak ramai maka disitulah tempat mengasah bakatnya.

Bila tiba di Malaysia dan melihat keadaan usrah mahasiswa disini saya berasa begitu malu dan kerdil. Mereka bukan mengasah bakat tapi sedang membina fikrah. Itulah sebenarnya usrah yang dianjurkan.

Kenapa?

Kenapa begitu ketara usrah orang Malaysia berbanding pelajar Morocco? Saya cuba berfikir mencari konklusi. Pertama saya simpulkan masalah kefahaman. Kefahaman mahasiswa Malaysia ialah ‘islah’. Keadaan kampus mereka yang pelbagai orang dan ragam memaksa ‘islah’ diadakan.

Mereka bergerak dengan pelbagai cara. Mereka menggunakan medium usrah untuk memantapkan diri berhadapan rakan-rakan kampus dan membincangkan strategi DAKWAH.

Mahasiswa Morocco. Saya tidak nampak ‘islah’ diperlukan sepertimana yang difahami di Malaysia. Keadaan pelajar sedia faham apa itu Islam. Kefahaman pelajar Morocco kefahaman sunnah. Keadaan nya cukup selesa. Tiada kes berat sehingga perlu kepada ‘islah’.

Kadang-kadang kita dilawati Pak Menteri. Memberi sumbangan dan galakan belajar. Hampir empat tahun saya disana dan tak pernah lari dari mulut-mulut orang besar ni ” kamu balik nanti tak semestinya jadi ustaz, kembangkan bakat kamu “.

Memang tak salah nak kembangkan bakat. Tapi saya sedih bila telinga saya sendiri mendengar seorang pelajar kita menyebut ” aku balik tak main la ustaz-ustaz ni “. Saya yakin dia mungkin termakan racun sekularisme pak menteri ni. Berasa diri ketinggalan jika jadi ustaz.

Saya ingin menyeru semua pelajar Morocco melihat perkataan DAKWAH. Kamu semua tak akan faham perkataan ini, tak akan dapat hidu dan merasai apa itu dakwah jika kamu tak merasai kesakitan dan penderitaan umat ini. Saya akan ceritakan sedikit kenapa kamu wajib bersama-sama dakwah.

Cerita 1

Hampir kesemua pelajar melayu tingkatan empat, kelas saya mengajar pernah meminum arak dan berjudi.

Cerita 2

Hampir semua pelajar lelaki dan perempuan yang dirampas handphone mereka mempunyai video lucah.

Cerita 3

Sebahagian pelajar universiti menyewa rumah bersama pasangan (lelaki+perempuan) dalam satu rumah tanpa rasa bersalah.

Cerita 4

Saya penyedia kertas soalan untuk ujian serentak baru-baru ini. Antara soalan yang saya sediakan ialah ADAKAH ALLAH ITU BERBILANG? Hampir separuh pelajar menjawab ” YA “.

Tidakkah dengan cerita-cerita ni membuat anda terpanggil membantu dan menolong umat ini?

Tidakkah anda rasa umat ini memerlukan ustaz-uztazah membimbing mereka?

Jika hati anda tak nampak kewajipan berdakwah tak tahu la saya nak kata apa.

Saya tak faham apa itu dakwah sehinggalah saya jumpa keadaan ini. Apabila saya menghadapi mereka, diri ini seolah kosong dari ilmu. Bagaimana ingin saya menarik mereka kepada Islam? bagaimana saya nak menghidupkan hati-hati mereka yang jauh terlalai?

Masa tu lah baru kita sedar siapa diri kita walaupun graduan universiti. Suka saya ingatkan, mereka yang ke Morocco adalah pilihan Allah. Allah memilih kita belajar agama. Menjadi alim dalam bidang kita. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, kebutuhan kepada ustaz-ustaz yang betul-betul berilmu dan mampu membantu umat teramatlah tinggi. Janganlah berasa hina atau ketinggalan zaman dengan kerja ustaz.

Bila pulang ke tanah air turunlah ke padang, hadapilah masyarakat. Jangan duduk goyang kaki di bilik air cond sahaja. Dimana amanah kita kepada ilmu?

Fikir-fikirkanlah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Warkah Buat Warga Siswa Morocco

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s