Guru Kelas

Assalamualaikum

Buka cuti ni saya secara rasminya menjadi guru kelas tingkatan 4R. Tak sangka kelas yang sebelum ni saya cerita tentang ke hard core an mereka akhirnya menjadi kelas jagaan saya.

Antara cabaran yang akan saya hadapi dengan kelas ni :

– Mengutip wang tahunan sekolah. Berdasarkan mesyuarat haritu kelas ni adalah yang paling liat membayar yuran sekolah, hanya ada seorang sahaja yang membayarnya dari 40 lebih pelajar.

– Mencatat balik rekod alamat setiap pelajar dalam kelas ni. Sepatutnya kerja ni telah dilakukan oleh guru kelas sebelum ini, tetapi berdasarkan pengalaman guru-guru sebelum ni memang cikgu ni tak buat kerja dan sayalah akan melakukannya nanti.

– Membuat surat amaran kepada ibubapa atas kesalahan ponteng oleh pelajar. Oleh kerana kelas ni terkenal dengan kenakalannya maka ramailah yang akan menerima surat tersebut lepas cuti ni.

– Cabaran paling terbesar ialah kerjasama. Kalau pelajar-pelajar ni senang dan mudah memberi kerjasama dalam sepanjang saya menjadi guru kelas tak ada masalah. Tapi saya yakin tak semudah itu mereka nak bagi kerjasama.

Saya akan berusaha untuk buat yang terbaik. Dan saya tak lupa berdoa kepada Allah SWT supaya membantu saya dalam kerja ni. Tanpa pertolongan Allah semuanya akan menjadi rumit.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s