Inilah Jalan Dakwah

Seksaan Yang Dihadapi Tak Terperi

Seksaan Yang Dihadapi Lebih Hebat

Bismillahirrahmaanirrahim

Masa saya gunting rambut di kedai sempatlah saya berbual dengan tukang gunting rambut. Macam-macam kami cerita seperti penyelewangan duit ehsan rakyat Terengganu sehinggalah masalah kerosakan akhlak remaja sekarang.

Saya perkenalkan diri sebagai guru. Saya mula cerita bagaimana kurang ajar nya budak-budak tempat saya mengajar. Dari ponteng kelas, tinggikan suara depan cikgu, keluar masuk ketika cikgu mengajar, sehingga mencangkung atas meja.

Sedang rancak kami berbual ada seorang makcik tertarik nak masuk campur. Cerita makcik tu ayah dia juga seorang guru. Ayah makcik tu ada prinsip kalau pelajar degil sangat jangan hiraukan dan sebutkan pada diri kita ” lantak koranglah, cukup bulan aku dapat gaji “.

Sebenarnya cara tu memang berkesan mengelak dari stress dengan budak-budak. Jika dilayan kerenah budak-budak ni sampai malam nak tidur pun susah. Saya akui memang saya lalui perkara tersebut masa awal-awal mengajar.

Sekarang saya tukar sikit prinsip tadi kepada ” kerja saya hanya menyampaikan, memberi hidayah adalah Allah, cukup syarat saya dapat pahala “.

Itulah jalan dakwah. Kita tak boleh meletakkan yang mereka akan berubah dengan apa yang kita sampaikan. Cukuplah kita menyampaikan. Hati adalah milik Allah. Allahlah yang memberi hidayah. Dan jalan dakwah ini tak mudah. Kalau seorang guru dia akan hadapi kerenah pelajar yang teruk perangai mereka.

Yang Pergi Atas Jalan Dakwah

Apalagi golongan ulama dan umara yang berjuang menegakkan Islam. Makin tinggi kedudukan makin kuat cabarannya. Dengan meletakkan orang lain lebih besar cabaran mereka maka kita tidak akan mudah luntur semangat dengan sebab cabaran yang kita hadapi. Mereka yang mengharungi dakwah (khususnya guru) ingatlah cabaran yang dihadapi tidaklah sehingga menggugat nyawa.

Bagi saya cabaran besar ketika menyampaikan pelajaran ataupun nasihat di dalam kelas adalah perhatian daripada pelajar. Kekuatan sabar perlu tinggi. Cuba anda bayangkan seramai 40 orang pelajar hanya dua tiga orang yang mendengar. Selebihnya membuat bising seolah-oleh kita tiada dihadapan.

Kita perlu reka satu motivasi untuk mengahadapi cabaran itu. Saya letakkah dakwah nabi Nuh sebagai motivasi. Ingatkah berapa ratus tahun nabi Nuh berdakwah? tahukah berapa kerat yang menerima dakwah baginda? Dari situ saya dapat kekuatan untuk meneruskan kerja ini.

Pelajaran ini saya dapat hasil dari pembacaan dan pebincangan dengan zaujah. Allahyarham Ust Fadhil Nor ada menyebut dalam buku beliau Aqidah dan Perjuangan, kita hidup adalah untuk mati dan matilah kita dalam Islam. Inilah jalan untuk mencapai mati dalam Islam. Amenn.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s