Saya Terkesan

Assalamualaikum

Hari ni saya mengajar kelas 4p1+4p2+4p3. Kelas-kelas ini adalah kelas yang baru selepas perubahan jadual sejak minggu lepas.

Sebelum ni saya mengajar kelas-kelas belakang dan guru-guru faham mereka tidak diletak harapan untuk berjaya dalam bidang pendidikan.

Antara metode yang saya gunakan untuk kelas belakang ialah memberi nota dan mewajibkan mereka menyalin, dengan cara ini dapat mengawal mereka membuat bising. Memberi penerangan kemudian mengedarkan kertas soalan. Soalan yang diberi harus diberi jawapan dengan segera kepada mereka. Tanpa membuat seperti itu kertas itu hanya layak di dalam tong sampah.

Untuk kelas-kelas baru saya terpengaruh dengan rentak kelas belakang. Sehinggalah saya ditegur oleh seorang pelajar. ” cikgu bagi soalan cikgu juga yang bagi jawapan, apa faedahnya cikgu? “. Saya terkesama seketika dengan teguran pelajar tersebut.

Alhamdulillah dengan jadual baru. Kelas-kelas depan ni tak banyak menyusahkan saya. Mereka memberi tumpuan, kerjasama dan respon yang baik. Saya pula dapat menjelaskan pelajaran dengan panjang lebar. Alhamdulillah.

Selepas ni nampaknya saya kena ubah cara mengajar kelas budak-budak pandai. Semoga saya mendapat caranya insyallah. Amenn.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s