Saya Kurang Kasih Sayang

Bismillahirrahmaanirrahim

” Saya kurang kasih sayang “. Itulah ungkapan yang diluahkan oleh seorang murid saya hari ni. Katanya ” mak ayah tak pernah hiraukan saya di rumah, mak dan ayah hanya lebihkan kakak walaupun kakak duduk goyang kaki di rumah selepas SPM “.

Katanya lagi “ayah saya suruh kakak saya buat lesen walaupun tak cukup umur” Maksudnya walaupun tak cukup umur ayah dia dah janjikan kenderaan. Maknya pula belikan laptop untuk kegunaan kakaknya. Anak mana yang tak terasa bila ibubapa hanya melebihkan anak kesayangan dan abaikan anak-anak yang lain.

Natijahnya budak ni dah melakukan pelbagai kes. Bakar makmal sekolah. Bakar tong sampah di blok bangunan sekolah. Pernah kena tangkap dengan polis ketika ponteng sekolah dan sebagainya. Biasanya pelajar seperti ini ingin menarik perhatian kedua ibubapa nya.

Pelajar ni dah berazam. Selepas SPM dia akan lari dari rumah dan cari kerja. Dia tak nak lagi bergantung hidup dengan kedua ibubapanya.

Saya cabar pelajar ni ” kamu buat sesuatu yang akhirnya ibubapa kamu rasa bersalah kepada kamu. Macam mana kamu nak buat? “. Dapatkan result yang terbaik. Itulah maksud saya dari cabaran itu.

Saya doakan pelajar ni mampu melakukan yang terbaik untuk dirinya dan mendapat hidayah untuk terus menjadi hamba yang berjaya dunia dan akhirat. Insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Saya Kurang Kasih Sayang

  1. Neglected. Tak adil buat si anak. Semoga si anak terus kuat, sabar, tabah dan teruskan hari yang mendatang dengan cemerlang. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s