Kesabaran Sampai Ke Kemuncak

Bismillahirrahmaanirrahim

Hari ni kesabaran saya sampai ke kemuncak dengan perangai budak-budak ni. Mungkin darah muda masih panas mengalir dalam tubuh ni.

Waktu tengahari di sekolah tadi elektrik terputus. Kami berpanasan semua. Cikgu-cikgu dan para pelajar macam cacing yang kepanasan.

Sedang saya mengarah pelajar ni masuk ke surau dua tiga orang bergurau di beranda luar. Seorang pelajar perempuan ke tempat ambil air sembahyang lelaki untuk membasuh tangan.

Tetiba seorang pelajar lelaki menarik pelajar perempuan tadi nak bawa masuk ke dalam tandas lagak nak merogol pelajar perempuan tersebut. Saya melihat kejadian tu cuba nak menampar pelajar lelaki yang biadap tu. Dia cuba mengelak. Tangan saya tak sampai ke muka. Secara automatik kaki saya singgah di punggung pelajar lelaki itu.

Pelajar itu tunduk senyap. Saya arahkan dia masuk ke surau. Suasana kelas senyap. Pelajar mula tak berani nak buat bising selepas lihat kejadian tadi. Saya bagi penjelasan…

” korang nak ponteng ke, malas menulis ke, tak buat latihan ustaz tak kisah…tapi buat benda yang melampaui batas agama depan ustaz, kat situ juga ustaz bagi” Saya jelaskan begitu supaya mereka sedar saya lakukan begitu bukan semata-mata marah atau benci. Tapi kerana agama. Supaya mereka sedar agama bukan boleh dilekeh atau dibuat main.

Hanya pada Allah saya serahkan agar mereka diberi hidayah. Adakah tindakan saya itu berhikmah? Wallahu alam.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

4 thoughts on “Kesabaran Sampai Ke Kemuncak

  1. bahaya betul anak2 murid ko do,sampai nk rogol orang..aku pun tak pernah jumpa dengan kes macam ni..semoga istiqamah dalam berdakwah mendidik anak seagama,mereka mungkin dapat hidayah atau mungkin tidak,kerana ia milik Allah mutlaq,tak payah risaukan dapat ke tak,yang penting risaukan dah buat ke tak,andai dh buat insyallah bakal ditulis oleh Allah sebagai ganjaran pahala yang berat di timbangan mizan kelak,kalau tak buat langsung,usahkan hidayah,pahala pun tak dapat,semoga berjaya..

  2. Betul tu daud. Yang penting kita buat kerja. kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan dengan ilmu agama yang kita ada. semoga terus istiqamah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s