Jahat Betul Anak Ini

Bismillahirrahmaanirrahim

Sedang saya menyiapkan buku rekod kerja harian, satu pengumuman daripada pejabat. ” Perhatian kepada guru kelas 4*&#, sila datang ke pejabat dengan segera kerana ada tetamu ingin berjumpa”. Saya agak kaget. Baru beberapa hari jadi guru kelas dah kena panggil.

Guru-guru lain mula mengusik. Saya hanya membalas dengan senyuman. Saya mengambil beberapa file yang berkaitan dengan kelas dan menuju ke pejabat. Dalam hati tertanya-tanya apalah yang menunggu saya.

“Ini ibu kepada seorang pelajar kelas awak” Kata kerani pejabat. ” Cikgu anak saya dah satu hari tak balik rumah, cikgu ada nampak dia kat sekolah?”. Tanya ibu pelajar tadi. ” Ada, tapi tak masuk kelas. Dia sibuk dengan kawad je “. Jawab saya.

” Saya tak benar dia masuk kawad tapi dia degil. Selalu kat rumah gaduh dengan saya. Anak yang ini jahat betul”. Keluh seorang ibu. Saya agak terkejut bila seorang ibu sanggup mengatakan begitu kepada anak perempuannya.

Si ibu pulang. Saya mula menyiasat dengan menyoal beberapa kawan rapat budak ni. Dari maklumat yang saya dapat pelajar ni tidur di rumah kawan perempuannya. Tapi saya agak keberatan untuk berhusnul zhon kerana pelajar ini ada pacar dan penampilan diri yang teruk (bertindik di hidung, mewarnakan rambut dan beberapa kes lagi). Saya juga mendapat maklumat dari guru-guru, kawan-kawan budak ni akan selalu back up dan tidak memberi maklumat yang betul.

Empat hari tidak pulang ke rumah. Itulah kesudahan episod lari dari rumah. Saya tak boleh masuk campur kerana soal lari dari rumah adalah luar bidang kuasa sekolah. Itu urusan antara pihak keluarga dan polis.

Itulah fenomena muda-mudi abad jahiliyyah moden. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk terus berjalan atas jalan lillahi ta’ala. Insyallah.

La Hawla Wala Quwwata Illah Billah

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s