Saya Tak Sangka Begini

Assalamualaikum

Hari jumaat. Saya dah rancang untuk perjumpaan ketiga usrah kami. Apakan daya, kita merancang Allah merancang, perancangan itu lah yang terbaik.

Saya didatangi oleh seorang ibu kepada pelajar kelas saya. Kali ni melibatkan guru disiplin. Pihak sekolah menelefon saya ketika sedang mengajar dan diminta turun ke pejabat dengan segera.

” Cikgu, betul ke anak saya banyak tak datang sekolah”. Rintih seorang ibu. ” Aah…banyak hari juga dia ponteng”. Jawab saya. Muka ibu jelas menampakkan kekecewaan.

” Ayah dia tiap-tiap hari hantar dia ke sekolah, sampai ke depan pintu pagar sekolah lagi “.  Tambah ibu tadi. ” Kita panggil anak puan datang “. Arah guru disiplin kepada saya.

Pelajar tersebut datang dengan menundukkan mukanya. Pada awalnya dia beri alasan tidak masuk ke kelas kerana ada latihan kawad, setelah ditekan akhirnya mengaku. ” Bila ayah hantar, saya tunggu ayah pergi, kemudian saya keluar dari sekolah dan naik bas pergi rumah kawan”. Itulah pengakuan pelajar tersebut.

Hancur lulur berkecai dari raut wajah si ibu tadi. Sangkanya si anak masuk ke kelas dan belajar tetapi lari ke rumah kawan.

Si ibu pulang dan berjanji akan memantau lebih kerap anak nya. Saya cukup simpati dengan si ibu tadi. Si anak berlagak baik depan ibu. Di sekolah bila datang sendiri baru tahu perangai si anak.

Terlepas la usrah saya pada hari tu. Saya minta maaf kepada anak buah atas sebab yang tak dapat dielakkan. Insyallah minggu depan usrah akan kembali berjalan seperti biasa.

Wallahu ta’ala alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s