Hizbur Tahrir Buat Kacau?

Assalamualaikum

Selesai solat jumaat ada banyak kertas diletakkan tepi tabung masjid. Saya ambil sehelai untuk dibaca. Pertama sekali yang saya cari ialah daripada pertubuhan atau parti mana yang letak artikel ni. HIZBUR TAHRIR.

Saya tak nak komen banyak pasal sejarah pertubuhan ni. Masing-masing boleh berbeza pendapat. Tapi perlu ingat pada hadith nabi ” umatku akan berpecah kepada 73, hanya satu yang betul”. Walaupun hadith ni diragui kesahihannya tetapi ulama hadith bersepakat akan kebenaran maknanya.

Masing-masing cuba check pertubuhan atau parti yang didokong, adakah syumul perjuangannya? adakah mengikuti jalan Rasulullah? atau hanya mengambil sebahagian dan menolak sebahagian? Memperjuangkan ilmu dan menolak politik? memperjuangkan tasauf dan menolak tertegaknya undang-undang Allah? Cubalah muhasabah.

Kembali kepada artikel yang ditinggal tadi. Dalamnya saya tertarik apabila penulis tersebut menghuraikan demokrasi yang didokong oleh parti Islam. Tulisannya seolah parti Islam telah mengiktiraf demokrasi yang direka oleh barat.

Baiklah…saya ingin kita berfikir dalam bentuk soalan. Adakah kita mampu mengembalikan Daulah Islamiyyah di Malaysia tanpa demokrasi? nak suruh kita berperang menentang pemerintah? Adakah dengan cara itu?.

Mungkin Hizbur Tahrir ni kena belajar ilmu maqasid. Kita menerima demokrasi bukan setakat mendatangkan manfaat yang banyak malah boleh mengelak keburukan yang lebih besar. Oleh itu kita menerima dahulu sistem ini. Kerana ini sahaja jalan yang dibenarkan di Malaysia.

Ataupun Hizbur Tahrir kena baca bagaimana HAMAS dapat mengembalikan pemerintahan Islam di Gaza. Ataupun baca bagaimana AKP menguasai pemerintahan Turki. Ataupun baca bagaimana Ikhwan Muslimin di Mesir mampu menguasai banyak kursi dalam pilihanraya setahun dua kebelakangan ini.

Hizbur Tahrir kena sedar, jalan di Malaysia adalah demokrasi jika ingin mengembalikan pemerintahan Islam. Malah Dr Yusuf Qardhawi telah banyak menyelesaikan masalah demokrasi ini. Bacalah kitab beliau seperti Feqh Ad Daulah ataupun Ad Din Wa As Siayasah

Kita berbeza cara dalam menegakkan agama Allah selagi di atas landasan yang betul. Itu dibolehkan. Tetapi janganlah memburukkan pertubuhan lain yang masih berjalan diatas al Quran dan Sunnah atas sebab berbeza pendapat.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

5 thoughts on “Hizbur Tahrir Buat Kacau?

  1. jalan untuk mengembalikan pemerintahan Islam ikutlah jalan Rasulullah. bukannya ikut jalan kafir penjajah laknatullah iaitu jalan demokrasi. Ikutlah jalan Rasulullah mendirikan daulah Islam di madinah dan menerapkan Islam secara keseluruhan bukannya cara berperingkat-peringkat. Para sahabat juga meneruskan pemerintahan Islam dengan melantik seorang khalifah iaitu Abu Bakar. Adakah kita ni ikut sunnah orang kafir atau sunnah rasulullah dan ijmak para sahabat??? fikir-fikirlah, wahai saudara seislam ku??? Hizbut Tahrir di atas muka bumi ini akan berjuang mendirikan khilafah….. Insya Allah.

  2. salam..saya setuju ngn ape yg saudara utarakan..saya xtau la hizbur tahrir wat kaco ke x..tp sy setuju..yg dorang kene blaja ilmu maqasid..ilmu maqasid penting supaya kita tau ape yg penting utk kebaikan sejagat dan masih dalam batas syariah..

  3. demokrasi adalah sistem yg ditingalkan oleh penjajah kepada negara islam yg kolot sekarang mengikut sistem demokrasi…klu kite tngk balik sejarah majlis syura macam mne,majlis syura adalah pemilihan khalifah hanya terdiri daripada para ulama yg dipercyai dan bukan nye semue orng mmpu jadi ahli syura,khalifah mempunyai kuasa muthlak bukan kuasa yg dibekal kan oleh majlis syura,majlis syura hanya menegur dan membetulkan kesilapan khalifah dan tidak berhak melangar perintahnye..klu kita lihat parlimen,parlimen umpama membuat undang2 sedangkan agama islam sudah mengariskan pemerintahan secara islam bkn menekok tambah…cbe kita lihat serata dunia ada negara yg miskin ada yang kaya..kenapa kebanyakannye negara yg bermajoriti umat islam sangat miskin,kerana sistem kapitalis demokrasi yg diamalkan adalah salah,mereka tidak mengamalkan sistem islam secara keseluruhan..jadi pada admin and pembaca2 seklian jgn melemparkan tuduhan secara melulu,kluu hendak jadi manusia yg benar siasat sesuatu perkara sebelum membuat keputusan bkn andaian..

    • terima kasih, satu perkongsian yang baik, mungkin disaat saya menulis post itu, saya muda dan masih hijau, namun kini selepas pembacaan dan mengikuti seminar2 ataupun wacana yang melibatkan HT, saya bertambah yakin, niat murni HT amat baik sekali, namun pendekatan tidak realistik, anda sendiri sedar bahawa sistem sekarang adalah kapitalis demokrasi dan sistem itu dikuasai oleh kuasa besar, mengubah sistem itu bukannya di Malaysia, tetapi dengan mengambil alih kuasa besar dunia, ingin sampai sejauh itu kita terpaksa bermula dari langkah bawah menuju keatas, keadaan di Malaysia adalah demokrasi berperlembagaan, oleh itu sebagai langkah awal menuju khalifah, itulah yang terpaksa diharungi oleh gerakan Islam, saya mengajak HT bersama-sama membantu Gerakan Islam di Malaysia menumpaskan taghut, setuju?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s