Tak Tahu Dimana Aurat

Bismillahirrahmaanirrahim

Sedang saya menunggu untuk dipanggil membaca doa sempena majlis meraikan dua orang guru yang berpindah saya berborak-borak dengan Nafir.

Kata Nafir semalam dia ajar budak-budak tentang aurat. Bila ditanya apakah aurat bagi seorang perempuan. Bermacam-macam jawapan yang diberikan. Yang pasti mereka tak tahu batas aurat bagi seorang wanita.

Saya terfikir tak hairanlah timbul kes ayah rogol anak, abang rogol adik, atuk rogol cucu dan lain-lain lagi. Jika diluar pun aurat mereka tak tahu batasnya, lagi bebaslah mereka buka bila dirumah.

Saya penat bila memikirkan keadaan umat ini. Jika berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah pepatah yang amat sesuai saya kaitkan dengan perjuangan ulama, ustaz, aktivis, dan mereka yang bekerja untuk Islam.

Apa yang menyedihkan lagi bila kita mencegah perkara ini, ada pihak lain yang meruntuh dan merosakkan akhlak masyarakat. Ditabur dengan konsert yang tak dikawal, hiburan yang melampau ditaja oleh pihak ‘atas’, dan sebagainya.

Golongan ini tak menghiraukan masalah keruntuhan umat. Apa yang difikirkan ialah keuntungan dari setiap hiburan yang ditaja. Golongan inilah punca kerosakan umat. Golongan inilah yang wajib diperangi sehingga ke akar umbi.

Apa guna kita membina masyarakat yang madani dalam masa yang sama gerakan meruntuhkan masyarakat dijalankan. Oleh itu golonga peruntuh ini harus dihapuskan dan ditentang dalam masa yang sama kita membina umat ini.

Semoga perjalanan membina umat kembali kepada jalan Allah dan rasulNya diberi petunjuk insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

3 thoughts on “Tak Tahu Dimana Aurat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s