Saya Makin Baran

Assalamualaikum

Hari ni hari yang paling mengujakan kesabaran saya. Akhirnya saya tewas dengan nafsu amarah. Saya tidak kuat seperti yang dituntut oleh hadith.

Episod baran saya bermula dari pagi lagi. Nama saya besar-besar telah dicatat di papan kenyataan pejabat sekolah untuk memaklumkan yang saya akan mengikuti kursus solat untuk pelajar tingkatan dua. Apakan daya mereka terlepas pandang kerana selalu meletakkan saya sebagai guru ganti untuk kelas yang tiada guru.

Ketika itu saya dah mengomel seorang diri. ” bila nak buat program agama tak ada kompromi langsung, tapi buat fesyen show bacaan Yasin setiap hari jumaat pun dibatalakan”. Antara ngomelan saya.

Kepala mula sakit, saya ambil ubat dulu sebelum masuk kelas. Selesai kelas tersebut saya ke surau. Kali ni saya nekad tak nak masuk mengajar selepas rehat. Saya anggap saya dizalimi hatta terlibat dengan program tak boleh bagi kelonggaran.

Saya ikuti kursus solat selepas waktu rehat. LDK berjalan baik tetapi dengan hati yang masih lagi panas. Sedang saya memantau pelajar mengambil air sembahyang seorang pelajar yang mengikuti latihan ragbi mengadu kehilangan beg duit yang baru sahaja beberapa saat diletaknya untuk membasuh kaki.

Memang tiada pelajar lain selain pelajar tingkatan dua yang sedang mengikuti kursus solat disitu. Perasaan panas makin membara dengan perangai budak-budak ni. Sebelum kami nak mengumumkan akan diadakan spot check saya dapat panggilan dari pejabat.

Kali ni saya didatangi lagi ibu bapa. Masalah anaknya yang tak balik rumah dua malam. Saya hanya memberi respon yang ringkas kerana nak kejar spot check yang akan dijalankan sebentar lagi.

Pulang saya di surau pelajar diarahkan beratur. Setiap pelajar kami check. Kami tak temui pelajar yang dapat disyaki mencuri. Tetapi kami dapat membongkar kes peras ugut. Cerita ini terbuka apabila kami mendapati beg duit seorang pelajar dalam beg orang lain.

Tanya punya tanya rupa-rupanya pelajar ini takut diperas ugut maka disimpan beg duitnya di dalam beg kawan yang lain. Saya panggil pelajar yang memeras ugut itu. Oleh kerana kes peras ugut adalah isu besar di sekolah tindakan tegas perlu diambil.

Ketika saya check poket pelajar terbabit saya dapati kertas yang dilukis gambar lucah. Katanya kawan yang lukiskan. Budak yang lukis tu saya panggil. Rupa-rupanya pelajar yang melukis tu adalah daripada kumpulan saya tadi. Saya betul-betul rasa kecewa dan marah.

” Tengok…tingkatan dua dah pandai buat benda lucah”. Saya berteriak di hadapan pelajar. Saya ketuk pelajar yang melukis tu dengan kertas yang dilukisnya diatas kepala tiga kali. Tapi saya tetap tak puas hati. Saya tolak kepala budak tu sehingga nak terjatuh budak tu.

Masa tu saya rasa malu dan benar-benar terjatuh maruah. Saya terlalu mengikut perasaan sehingga rasa melampau dalam tindakan. Saya malu nak tengok muka guru-guru yang ada disitu.

Selesai program saya mintak izin dengan seorang ustazah untuk mintak diri. Saya kecewa dengan apa yang telah saya buat. Tapi saya kuatkan semangat. Apa yang saya buat adalah kerana rasa benci kepada maksiat. Semoga Allah meredhai saya.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s