Tanggungjawab Kita

Bismillahirrahmaanirrahim

TANGGUNGJAWAB KITA. Saya memilih tajuk ini untuk ditujukan khas kepada golongan yang mempelajari agama. Dan sebagai bacaan umum buat semua bagi membina kefahaman Islam yang sebenar. Insyallah jika tiada aral melintang tajuk ini akan saya kembangkan sebagai bacaan siri dalam blog ni.

Sejarah Bermula

Umat Islam pernah melalui zaman kegemilangan. Pernah menguasai 2/3 dunia. Malah pernah dicatatkan satu kisah dimana seorang perempuan tidak takut untuk berjalan seorang diri daripada Madinah ke Makkah melainkan takut serigala membaham kambing-kambingnya. Begitu sekali keamanan, kebahagiaan, yang dikecapi pada masa itu.

Kini umat Islam berada dalam keadaan kucar-kacir. Tak perlu memandang isu global. Lihat sahaja disekeliling kita. Pembunuhan saban hari, rogol, mencuri, merompak, cabul, ragut, bunuh diri, zina, khalwat, liwat, pergaduhan, buang anak, rempit, bohsia, bohjan, mak nyah, pengkid, dll. Dosa apa yang umat ini tidak buat. Semua dibuat. Lebih teruk dari zaman jahiliyyah.

Apakah makna semua ini?

Sedarkah kita semua, ini adalah bala yang ditimpa keatas umat ini. Bala kita meletakkan al Quran hanya sebagai bacaan tahlil, meletakkan al Quran hanya sebagai hiasan, meletakkan al Quran hanya sebagai pertandingan, meletakkan al Quran hanya sebagai menghalau jin dan syaitan. Sedangkan al Quran lebih daripada itu.

Dimana kita letak hukum-hukum yang terkandung di dalamnya?

Dimana kita letak suruhan-suruhan yang berada di dalamnya?

Dimana kita letak larangan-larangan yang wujud di dalamnya?

Sedangkan perkara-perkara ini adalah lebih menjadi keutamaan dan kewajiban setiap yang mengaku muslim melaksanakannya.

Pemahaman seperti ini makin terhakis malah luput dari fikiran umat Islan. Jadilah Islam itu sebagai agama ritual. Solat, puasa, haji, zakat, dan kahwin cerai. Selain itu tidak melibatkan Islam. Ekonomi, politik, urusan dunia yang lain adalah urusan manusia. Pemahaman seperti ini seolah-olah kita menolak kesempurnaan, kehebatan hasil kerja Allah.

Bagaimanakah segala- galanya terjadi? Sama-sama kita nantikan dalam artikel seterusnya. Insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Tanggungjawab Kita

  1. salam.huhu,sorry bro..tersilap…ko kan ngan daud hari tu buat bersama2…ko dah becerai ngan daud ka???haha

  2. Aah aritu ktorg buat sama2. Pastu daud ceraikan aku talak satu. Aku keseorangan sehinggalah berteman sekarang hehehehehehehehehehehe…………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s