Tanggungjawab Kita 2

Bismillahirrahmaanirrahim

Pada tulisan yang lepas saya menceritakan bagaimana umat ini begitu teruk dan kucar kacir ditimpa bala oleh Allah. Semuanya kerana meletakkan Islam sekadar melepaskan batuk di tangga.

Tulisan kali ni saya akan cuba menyelami bagaimana permulaan dan siapakah punca disebalik kerosakan umat ini. Semoga ianya memberi faedah dan menimbulkan kesedaran memperjuangkan agama Allah ke tempat yang tinggi.

Keruntuhan Khilafah

Debu-debu kejatuhan mula kelihatan di akhir hayat Khilafah Othmaniyyah. Tanggal 1924 jatuhlah Khilafah Islamiyyah setelah beratus-ratus tahun memerintah dunia. Umat Islam mula dijajah dan dipecahkan kepada negara masing-masing sehingga umat ini tidak mampu bersatu lagi.

Kolonial penjajah membahagikan kawasan jajahan. Perancis kebanyakan di Afrika Utara. Belanda di Indonesia. British di Kepulauan Melayu dan banyak tempat lagi. Umat ini begitu hina dizaman penjajahan. Makanan dicatu, diperlakukan seperti hamba, dibunuh, dirogol, dll.

Umat ini hina dan lemah bilamana mereka mencari kemuliaan selaian kemuliaan Islam. Benarlah kata Saidina Umar bahawa kita dimuliakan oleh Islam selagimana kita tidak mencari kemuliaan selainnya. Janganlah kita ingat bangsa kafir yahudi dan nasrani akan memberi kemuliaan. Renungilah ayat Allah :

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk “. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Al Baqarah :120

Berapa ramai di kalangan pemimpin negara umat Islam menjadi tali barut Yahudi dan Nasrani?

Berapa ramai di kalangan pemimpin umat ini menjadikan Yahudi dan Nasrani idola mereka?

Berapa ramai di kalangan pemimpin umat ini mengagungkan sistem yang direka oleh Yahudi dan Nasrani?

Berapa ramai di kalangan pemimpin umat ini yang membunuh sahabat seagama demi menjaga hati Yahudi dan Nasrani?

Berapa di kalangan pemimpin umat ini memutuskan hubungan dengan negara seagama demi menjaga hubungan dengan Yahudi dan Nasrani?

Tidak sedarkah bahawa mereka akan menjadi hina dina dengan mencari kemuliaan selain Islam. Buktinya jelas. Lihat kehancuran sosial, politik, ekonomi, minda masyarakat di negara umat Islam.

Jika dirujuk kepada sejarah. Sebelum kolonial penjajah melepaskan negara yang dijajah, mereka akan memastikan orang yang akan memerintah negara tersebut mendapat tarbiyyah dan didikan mereka. Jika pada zaman penjajahan mereka menghapuskan subjek agama di sekolah, maka perkara itu perlu diteruskan oleh pimpinan selepas meredeka.

Malah jika dilihat tindakan anak-anak didik penjajah ini melebihi gelagat tuan-tuan mereka. Maka tidak hairanlah ada di kalangan pemimpin sanggup memutuskan hubungan persaudaraan dengan negara umat Islam demi menjaga hubungan dengan tuan-tuan mereka.

Menyedari hakikat inilah para Ulama, Ustaz, dan mereka yang cintakan agama Islam (golongan yang tak cintakan Islam abaikan artikel ini walaupun beragama Islam) bangkit demi mengembalikan kemuliaan diri. Kita tidak sanggup lagi dihina dan dicerca. Kita tidak sanggup dipandang lemah sedangkan bumi ini adalah hak Allah, hak umat Islam. Kerana Allah menjelaskan :

Sesungguhnya agama  disisi Allah hanyalah Islam.

Ali Imran :19

Oleh itu mereka yang celik mata hatinya, sedar tanggungjawabnya (terutama golongan yang belajar agama) wajib mendaulatkan agama Allah, wajib mengambalikan bumi ini kepada Allah, bukan menjadi batu penghalang kepada kerja Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s