مشاركة روساق

Bismillahirrahmaanirrahim

Selesai kelas saya bercadang berehat sekejap di bilik guru. Saya dapati ada seorang ibu dan seorang pelajar disitu. Si Ibu menangis teresak-esak dan pelajar itu juga turut menangis.

Seorang cikgu kaunseling sedang memberi kaunseling kepada pelajar tersebut. Pelajar perempuan ni langsung tak mengendahkan kata-kata cikgu, dia hanya terus menangis.

” Tolonglah cikgu…saya tak tahu dah nak nasihat macam mana anak saya ni…kadang-kadang dia kata saya bodoh, dan pernah baling handphone sehingga lebam muka saya” Keluh seorang ibu dalam tangisan.

Kami agak terkejut dengan perangai budak ini. Seorang cikgu perempuan buat-buat tanya saya. ” kalau buat kat mak macam tu hukumnya apa Ustaz?”. Saya membalas dengan senyuman untuk tidak mengeruhkan keadaan.

” Saya nak dia belajar sampai SPM, lepas SPM dia nak buat apa ikut suka dia lah…kalau ada jantan pun ikut suka la nak buat apa” Tambah si ibu.

Cikgu perempuan tadi mencelah ” aah…bagus tu kak, lepas SPM kahwinkan je”. Kerana itulah yang kami faham dari percakapan si ibu tadi. Sangka kami kalau ada jantan lepas SPM mak kahwinkan kamu. Rupa-rupanya…

” Tak kisahlah diorang nak kahwin ke tak…lepas SPM akak lepas tangan, nak buat apa buatlah ” Si ibu tadi membetulkan tanggapan kami. Sekali lagi terkejut kami dibuatnya. Tercengang  saya sehingga ternganga mulut. Dalam hati mengutuk-ngutuk si ibu ini. Patutlah anak teruk, si ibu sikit lebih kurang sahaja.

Si ibu ni cerita lagi ” akak dah jumpa macam-macam orang mintak air tawar nak bagi budak ni lembut sikit hatinya…ustaz boleh bagi ayat apa-apa ke? “. Tanya si ibu tadi. ” ada!…akak berdoa…kerana doa seorang ibu untuk anaknya mustajab”. Jawab saya. Si ibu tadi tiba-tiba menangis dengan sungguh-sungguh.

Kami kehairanan kenapa pula si ibu menangis. Tak kan tak pernah doa untuk anak kot? atau…tak pernah solat? wallahu ta’ala a’lam. Itu saya tak tahu. Tapi jelas nampak penyesalan dari raut wajahnya.

Setelah itu cikgu-cikgu di situ ‘membantai’ si ibu tadi dengan pelbagai nasihat, si ibu pula kena kaunseling. Saya tinggalkan mereka dan menuju ke bilik mesyuarat dengan kepala berdenyut fikirkan teruknya bala keatas umat ini.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s