Tanggungjawab Kita 3

Bismillahirrahmaanirrahim

Agak lama saya tinggalkan blog ni. Kekangan masa. Sekarang hampir tujuh hari seminggu siang dan malam. Dah macam orang ada pangkat besar pula. Orang lekeh macam saya ni pun agak sibuk, apalagi ustaz-ustaz, pimpinan-pimpinan, dan mereka yang meletakkan diri mereka pada jalan Allah.

Lima hari kerja sebagai guru di sekolah menengah. Malam pula mengajar iqra’. Hari minggu sabtu ahad samada program di sekolah dan kerja kebajikan. Alhamdulillah setakat yang termampu saya tolong agama Allah.

Para Sahabat

Dulu saya terfikir juga kenapa ramai para sahabat mati di luar Madinah malah beribu batu jauhnya dari Madinah. Sedangkan mereka tahu disitu ada sekujur tubuh yang amat dicintai dan disayangi iaitu baginda Nabi Muhammad SAW dan banyak kelebihan lain lagi.

Akhirnya saya temui jawapannya. ISLAM. Itulah jawapan yang kukuh. Jika mereka membuat keputusan untuk menetap di Madinah hanya mengharapkan kemuliaan di tanah haram itu maka Islam tidak akan tersebar luas.

Itulah kefahaman Islam yang sahih. Para sahabat adalah golongan salaf yang paling layak untuk kita ikuti. Kafahaman Islam para sahabat adalah kefahaman yang ditarbiyah secara langsung dari Rasulullah.

Para sahabat amat faham Islam itu adalah dakwah (ulama juga mengaitkan dakwah itu adalah jihad). Maka Islam tidak boleh dibiar hanya terperap di Madinah dan Mekah. Islam wajib disebar keseluruh alam. Kerana dunia adalah milik Allah milik umat Islam.

Hasil nya Islam menguasai 2/3 dunia. Islam membawa rahmat keseluruh alam. Islam tidak mengklaskan bangsa lain. Islam tidak mengklaskan non muslim. Semuanya bebas melaksanakan budaya dan agama masing-masing. Semuanya seolah satu saudara.

Itulah kefahaman para sahabat setelah mendapat tarbiyyah dan ilmu yang diajar oleh baginda Rasulullah.

Apakah ada halangan untuk kita membantu agama ini setelah mendapat ilmu Allah?

Apakah ada kekurangan dalam menegakkan agama ini setelah nikmat Allah kita kecapi?

Semoga nasihat ini menjadi motivasi bagi saya dan mereka yang cintakan agama ini. Buat mereka yang mengharapkan syafaat baginda di akhirat nanti. Buat mereka yang menjalankan perniagaan dengan Allah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s