Tanggungjawab Kita 4

Kenapa kita berjuang?

Itulah persoalan yang harus kita lontarkan. Soalan ini diajukan agar perjalanan kita dalam perjuangan jelas. Mungkin ada orang berjuang kerana perasaan benci. Mungkin kerana tak dapat projek. Mungkin kerana nak kan sesuatu dan sebagainya.

Disini saya datangkan kenapa orang Islam itu berjuang dan sejauhmana kewajiban melaksanakan perjuangan dalam Islam. Semoga dengan ini tidak lagi rasa kegusaran dalam diri kita bergerak dalam gerakan Islam.

Said Hawa

“…Setengah-setengah orang Islam memahami bahawa ikut serta bekerja untuk menegakkan kerajaan Islam di setiap negeri adalah fardu kifayah dengan erti bahawa jika sebahagian daripada orang Islam telah melakukan  maka dosa orang lain turut terhapus. Fahaman ini memangnya betul jika jumlah orang yang mengambil bahagian sudah mencukupi”

Jika Said Hawa mensyaratkan jumlah orang yang mengambil bahagian sudah mencukupi barulah jatuh fardu kifayah, saya katakan jumlah yang diperlukan memang tidak mencukupi. Samada cukup atau tidak cuba sama-sama kita berada dalam organisasi. Tika itulah kita memperolehi jawapannya.

Sambung Said Hawa lagi “…Oleh sebab pemerintahan Islam belum tertegak hingga kini maka menjadi kewajipan fardu ‘ain bagi setiap orang Islam berusaha menegakkan nya “.

Saya yakin Said Hawa adalah orang yang layak untuk bercakap soal ini. Beliau bukan sahaja dari kalangan ulama tetapi seorang aktivis dan pejuang Islam yang banyak menulis buku.

Fathi Yakan


“… Selain dari itu masih banyak kewajiban-kewajiban syari’ah yang pelaksanaan dan amalan bergantung kepada adanya khalifah atau Imam sedangkan perlantikan khalifah itu sendiri sangat bergantung kepada wujudnya kekuasaan Islam. Oleh itu seluruh undang-undang yang berhubung dengan sistem-sistem Islam sama ada dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi, siasah malahan semua semua undang-undang yang berhubung dengan hukum, kanun kesiksaan, damai, peperangan, mu’amalah, kemasyarakatan dan ekonomi, semuanya ini dan lain-lainnya adalah di antara bidang-bidang syariat Islam yang tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara yang teguh di atas dasar-dasar Islam… “.

Dua penjelasan ulama ini memberi gambaran yang amat jelas kenapa kita perlu berjuang. Sebagai seorang muslim kita meyakini setiap huruf dari kalam Allah dan kita tidak menolak walau satu ayat dari suruhan dan larangan Allah dalam Al Kitab Nya.

Kita amat meyakini inilah jalan yang dilalui oleh Baginda Rasulullah. Kita tidak mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Malah inilah gerakan kita yang syumul.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s