Buang Anak

Bismillahirrahmaanirrahim

Saya baru sahaja selesai menonton bicara siswa. Kali ni perbincangan yang dibawa oleh Dr Fazley ” buang anak, prihatinkah mahasiswa?”.

Setiap patah perkataan yang dibincangkan dalam program tadi amat menyakitkan hati. Rasa buang masa pun ada. Cakap la berjela-jela pun apa mahasiswa boleh buat? Suara mahasiswa dibawa ke Parlimen? Parlimen tu mak datuk mereka punya. ( agak emosi sikit ).

Sedarkah kita kes buang anak ni berkaitan dengan maksiat zina? tahukah kita zina itu berkaitan dengan nafsu? apakah cara mengawal dan membendung nafsu?

Jawapannya IMAN. Iman lah pengubat nafsu, iman lah yang mengawal nafsu. Sejauh manakah suasana di Malaysia membawa manusia kearah iman???? Konsert, judi halal, pub, disko, pergaulan bebas, dan pelbagai maksiat yang tidak terkira banyaknya.

Program keimanan hanyalah selepas maghrib sampai pukul 9 malam. Itulah tempoh yang diberi untuk menyampaikan kuliah di surau mahupun di masjid. Sedangkan program kemaksiatan, masyarakat Malaysia di gasak 24 jam. Lihat sahaja tivi, semuanya kearah membangkitkan syahwat.

Itulah yang membangkitkan kemarahan dan kebancian saya kepada program bicara siswa tadi. Tak lebih daripada berbual kosong. Saya tak terus menghabiskan program tadi. Tukar tivi tiga tengok Senario lagi bagus untuk menghilangkan tekanan.

Saya katakan dengan suasana sekarang kerja amal makruf adalah fardu ain bukan fardu kifayah. Macam mana kalau saya tak mampu nak berdakwah seorang diri???? Sertailah jemaah, dengan jemaah ada banyak kerja amal makruf nahi mungkar anda boleh buat.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s